Friday, April 10, 2009

Menjejak alma matar

Kebetulan lalu disini sebab nak mengelak jam. Teringat zaman-zaman sekolah dulu. Kekadang kena kejar dengan orang gilalah apabila turun dari bukit ni. Zaman sekolah dulu kena kejar bas Seri Jaya untuk balik ke rumah. Kesian kan...jauh tu. Kadang-kadang dekat sejam setengah baru sampai rumah sebab bas bawak pusing sana, pusing sini. Nasib baiklah pagi Ayahanda saya menghantar pergi sekolah kalau tak tak taulah pukul berapa nak bangun kejar bas Seri Jaya tu.

Nak tau kat mana sekolah I tu?


Clue 1: Warga pembantu rumah berbahasa Tagalog banyak bersidai kat tempat ibadah dihujung jalan sekolah lama I tu hujung minggu


Clue 2: dibawah bukit mini itu ada pusat hiburan yang berbunyi boom boom. Kadang2 balik sekolah tengah-tengahri buta tu pun boleh dengar mereka jamming.

Cukup tak 2 clue?. Nak lagi?. Ok satu lagi.

Clue 3: Anak wanita merah yang baru kalah itu dulu junior saya masa sekolah, dia sama badge dengan isteri seorang pemuda yang baru dilantik.

Ha....cuba teka...

5 comments:

dikwirina said...

u skolah Assunta ke babe?

Pink Mama said...

ohhh..bukan tapi sekolah perempuan jugaklah :)

dikwirina said...

Sri Aman? BBGS? MGS? CBN? St. Mary's?
he he, ni bukan teka lagi dah, ni main belasah semua yg ada... ha ha..

Pink Mama said...

Hahahahaha...ini dah tak aci ni. Oklah clue satu lagi. Berdekatan sekolah I...in fact dekat bebenarlah ialah sekolah budak2 lelaki

Nadiah said...

I'm sure ur a CBN'er like I am. I can name the ladies in the 3rd clue but let it remain la ek ;)

btw nice blog u have here~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin