Sunday, April 12, 2009

Habuk jauhilah keretaku

Dah berbulan-bulan tak hantar kereta untuk vacuum. Hari ni pagi-pagi kerah budak-budak dengan Ayah derang mandi sebab nak pergi breakfast dan nak hantar kereta cuci dengan vacuum sekali.

Dah tak tahan tengok kereta berabuk sangat dengan sampah sarap budak-budak tu. Penat membebel suruh derang kutip semua sampah lepas makan tapi ada jugak yang terlepas atas karpet kereta tu. Stokin sekolah jangan cakaplah, ada dekat 4-5 pasang dalam kereta tu. Sabar jerlah dengan budak-budak ni. Pagi-pagi semua bising cari stokin.

Lama nak tunggu turn kereta I. Sementara tunggu tu kami pergi breakfast dulu. Itupun dah habis breakfast, belum lagi kereta berbasuh. Laaa...letihnya. Itulah dah kata kat hubby suruh cuci & vacuum kat Giant punya car wash jer dia tak nak. Kalau tak boleh lepak kat Secret Recipe ker....Starbuck ke.....


Ahhhh....bersihhhh...suka...suka...


tempat duduk belakang...oklah bersih. Alah janganlah harap bersih berkilat-kilat sangatkan takat cuci dengan vacuum RM10 tu.
Besok angkut kawan-kawan tak adalah malu kereta kotor...ohhh...itu sebab sebenarnya ya :)

2 comments:

dikwirina said...

pink mama, i have that coach tote jugak! sama sebijik cuma kaler lain sikit :)

Pink Mama said...

ya ker...I suka beg tu sebab senang nak sumbat barang :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin