Berenang 12 jam heret mayat emak
Oleh Ahmad Othmanbhnews@bharian.com.my
Oleh Ahmad Othmanbhnews@bharian.com.my
Anak ikat selendang tak sanggup ibu hilang KOTA TINGGI: Kanak-kanak yang terselamat dalam kejadian bot karam yang mengorbankan enam anggota keluarganya di perairan Teluk Ramunia dekat Pengerang di sini, Aqeel Qirkeel, terpaksa berenang kira-kira 12 jam di tengah laut sambil mengheret mayat ibunya, sebelum diselamatkan sebuah kapal dagang. Aqeel, 14, berkata beliau berenang mengheret mayat ibunya Zainab Quadir, dari tengah malam hingga diselamatkan kira-kira jam 8 pagi, berpandukan cahaya yang kelihatan dari tengah laut.
Saya tahu ketika itu ibu saya sudah meninggal dunia tapi saya tidak mahu melepaskan mayat ibu. Saya bimbang ibu akan hilang atau tenggelam. "Saya gunakan selendang pada leher ibu untuk mengikat tangan ibu kepada tangan saya, dan berenang membawa ibu menuju ke pantai berpandukan cahaya yang kelihatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini, malam tadi, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin. Aqeel bercakap dalam bahasa Urdu menerusi jurubahasa Muhamamd Junus Lalahan.
Katanya, beliau bersama ahli keluarga seramai tujuh orang datang ke Malaysia 14 April lalu untuk melancong dan menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur kira-kira seminggu sebelum ke Johor Bahru. Katanya, Ahad lalu mereka menaiki teksi dari Johor Bahru ke chalet di kawasan Pengerang dan bermalam di situ. "Kira-kira jam 7 malam semalam (malam kelmarin, Isnin) kami menaiki bot gentian kaca bersama tiga yang lain tapi kira-kira 30 minit perjalanan, bahagian depan bot menjunam dan bot tiba-tiba tenggelam. "Kami tidak memakai jaket keselamatan ketika itu," katanya.
Beliau mendakwa, pemandu bot itu mencapai tong plastik kosong dan berenang meninggalkan mereka. Katanya, mereka semua terpisah apabila bot besar lalu berhampiran mereka yang menyebabkan gelombang dan arus ombak yang kuat. "Kami masing-masing menjerit tapi hanya suara sayup yang kedengaran... saya tak nampak sesiapa pun," katanya. Katanya, beliau terus berenang mencari keluarganya di kawasan itu dan kira-kira jam 12 tengah malam, menemui ibunya yang terapung.
Sedihnya baca, kasih sayang seorang anak. A couple years older than my son.
2 comments:
Ohhhhh... Am sooooo touched!!!!!
I pun sedih bila baca :(
Post a Comment