Wednesday, April 1, 2009

F1 tengah-tengah bandar

Hari ni anak-anak dengan ayahnya datang jemput I dari tempat kerja. Hubby I tu terpaksalah tu bawak diaorang sekali sebab tengahari tadi dia bawak Bibik pergi buat check-up Fomema.

Sekali lalu kat depan Pavilion tu nampak pulaklah kereta F1 Renault tu, apa lagi Abang for surelah nak pergi tengok. Bila Ayah dia tanya nak pergi tengok ke tidak, laju jer jawap nak.

Dan siapakah yang kena turun temankan budak-budak ni....sapa lagi. Mamanyalah...








ada mini race sebenarnya tapi takkan nak tunggu lama-lama nanti jam. Tau-tau jerlah kat area Bukit Bintang tu kan memang selalu jam.

Ayah diaorang marah kat I sebab I tak nak temankan anak dia ambik gambar kat kereta F1 Renault yang kat depan pintu entrance Pavilion tu. Isykk...tak kuasa :) Orang lagi nak balik cepat dah ler rasa berlengas-lengas ni.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin