Saturday, March 14, 2009

Panjat-memanjat kuning biru hijau putih

Nak tau tak apa aktiviti yang anak-anak I buat lama benar kat One Utama new wing tu?. Panjat memanjat. Ya panjat memanjat rock climbing stone tu. Tiga-tiga begitu bersemangat nak panjat gunung tipu tu. Biar betulkan budak-budak ni. By the way it's free to climb untuk adults dan kanak-kanak. Kalau korang nak merasa panjat rock climbing tu pergilah kat new wing One Utama tu.


mula-mula kena isi borang dulu. Ialah kalau apa-apa jadi kat korang Camp 5 tak bertanggungjawap. Pastu bawaklah stokin sepasang ya, kalau nak beli kat situ pun boleh jugak. Sepasang RM4 jer.

Abang panjat dulu. Stokin kongsi 3 orang mak pak kedekut nak beli stokin banyak-banyak sebab stokin sekolah budak-budak ni berlambak kat rumah.

masa Abang panjat ni tak ada orang supervise pun. Dia pandai-pandai pijak step mana-mana

lepas tu turn Kakak pulak tapi Kakak tak reti nak panjat so dia panjat 2 step jer pastu dia dah give up


Si kecik ni pulak macam biasa memang enthutiastic sikit. Buat apa-apa mesti kalau boleh nak buat sampai boleh.Ini kali pertama ya my kids rock climbing.

She can actually clim higher than her brother. Boleh tahan si kecik ni. I think the trainer tu pun a bit surprise. So dia coach Adik which steps to take


Mama dan Ayahnya tak nak try. Semput I kalau suh panjat ni weh dengan accuhaler tertinggal kat office lagi. Jangan buat main.

Tinggi wehh dia panjat. Not bad for a little girl.3 kali ok dia try nak panjat ni. Letih I tengok dia tapi dia determine jugak nak panjat higher. Suka hatilah Adik oii.

Harness yang belah kiri ni susah sikit for a little kid to panjat sebab batu dia antara satu sama lain macam jauh sikit. So kalau budak kecik memang tak sampailah tangan diaorang nak capai. Belah kiri ni dia tak pergi tinggi sangat. Lepas 3 attemps she still nak panjat lagi tapi we say cukuplah sebab kita pun nak pergi tempat lain lagi.


Kalau sapa-sapa nak try pergilah. Ada budak as young as 3 yrs old pun try panjat benda ni. Seronok tau walaupun Mamanya tak memanjat :D


6 comments:

Ms Lola said...

Bestnya, bestnya, bestnya!! Ni yg nak pi carik balik peralatan memanjat nih. Eh, tapi, sape yg jd belayer anak2 u?

Pink Mama said...

Best...best...bestkan. Tapikan belayer tu apa? I ni bukannya reti sangat pasal rock climbing ni :D

Ms Lola said...

Belayer tu org yg jaga climber dr bawah, dok release or tension the rope to ensure the climber's safety.

Jd, siapa yg jadi belayer?

Pink Mama said...

Ohhh...I tak reti nak explain tapi ada macam robe rod kat atas tu. So benda tu yang akan hold the weight.

superheroes' mom said...

yeahhh, rock climbing. first and last i did that was 11 years ago for elective course - climb batu kat highlands scotland... ishhh... like tak caya aje pernah buat tu. masa naik tu agak laju je tapi masa nak turun tu serammmmm!!!

Pink Mama said...

Nampak macam senang jer orang lain panjat tapi I gayat ler :D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin