Monday, March 16, 2009

Ban bakar mengubat hati yang terbakar

Memang macam nak terbakar hati I semalam sebab hubby dok melayan permintaan anak kecik dia nak panjat Rock Climbing tu lagi semalam. Lepas habis jer wayang si kecik tu dah merengek-rengek nak panjat lagi tapi we have to wait until 6.30pm barulah turn budak-budak kecik.

I dah angin dah sebab kalau tak hubby nak tunggu jugak sampai 6.30 ptg kat One Utama tu.Setelah I bising-bising...mau tak bising. Nak buat apa melanggut lama-lama kat situ makanya kami pergi pasar malam dulu beli barang2 rumah dan makanan untuk makan malam.

Pukul 6.15petang kami dah terpacak kat depan tempat rock climbimg tu sebab ayah yang sayangkan anaknya itu nak bagi jugak anak dia peluang panjat lagi sekali. Abang, Kakak and I dah penat gilerdah + bosan ya amat sebab lama nak menunggu Adik dapat turn dia. Makanya kami pergi lepak kat Kluang Station jerlah.

Kluang Station pun kat bawah tu jer. Dinner dah belikan makanya takkan nak makan yang heavy-heavey pulak kat situ. So Abang makan 2 telur separuh masak, I minum teh tarik, Kakak minum teh ais and we had toasted bun.

telur separuh masak Abang

sedap ban bakar ni

kalau nak beli kaya Kluang Station pun boleh

I suka tengok deco dekat cashier station tu

Dan pukul berapakah Adik dapat panjat?. 7.30pm okayy....sejam lebih kami menunggu. Penat giler semalam tapi puaslah hati si kecik tu.


2 comments:

mimielola said...

I suka toast bun tu! Yummeh

Pink Mama said...

Sedapkan...ni yang nak pi lagi besok ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin