Tuesday, March 17, 2009

Macam-macam ada di Zoo

Plan hari ni nak bawak budak-budak pergi Genting tapi semua bangun lambat dan ayah diaorang pun melarikan diri pergi ke gym. Makanya change of plan pergi Zoo Negara sahajalah.



Penatnya pergi Zoo. Macam nak pengsan rasanya berjalan dalam zoo tu especially bila you ada anak yang gumbira sakan berada dalam Zoo tu.Kalau boleh semua binatang dia nak pergi tengok.



Separuh jalan kami jalan, separuh lagi kami macam dah nak pengsan penat so kami naik mini train dia tu. Panggil mini train ke...apa2lah asalkan tak berjalan.


Tapi itu pun kami dipaksa oleh Adik berjalan lagi sebab dia nak tengok gorila lah...ada ker gorilla...pepandai jer gorilla. Orang utanlah.
Sama jer Zoo ni kan tak ada perubahan rasanya dari 6 tahun lepas. Ya...itu last time I ke Zoo.Except maybe haiwan2nya dah tua sikit ler :D


Ramai orang bawak anak-anak walaupun hari Selasa. Cuti sekolahkan.


Abang dah pening sebab Adik nak buat tawaf kali kedua the whole Zoo. Budak kecik ni tak reti penat langsung. Kami semua dah macam nak pengsan dah.



Hippo yang bernama Combi. Betul nama dia Combi sebab orang Zoo yang panggil masa nak bagi dia makan. Pandai pulak dia bangun dari air tu masa nama dia dipanggil.




Star of the day. Siap catwalk lagi si Rimau ni bila tengok orang kerumun tengok dia. Siap masuk air lagi posing gitu. Dia tau dia glamer.




Sampai tang sini punyalah lama I tunggu diaorang. I duduk kat shades jer sebab penat dan panas. Budak kecik ni sibuk nak kasi rusa tu makan.




Comellah Zirafah ni,kan. Adik feed the giraffe with daun. Dia kata lidah giraffe tu rasa licin and yucky. Memang ler lidah mestilah basah.

Itulah dianya aktiviti hari ini yang sampai membuatkan saya letih ya amat dan sanggup tido dan melepaskan Spa Q. I sempat tengok Spa Q pukul 7 jer selepas paksa diri untuk bangun jugak sebab ternampakkan glimpse Datin Sofiera memang gaun pendek berwarna hijau.

3 comments:

Syima Syaz said...

zoo dulu dengan zoo mcm mana saya tadika dulu memang tak penah ubah...tapi saya suka haiwan, suka sgt tempat tuh....!

M4M4 MY4 said...

memang penat giler kalau pi zoo.. janji anak2 seronok kan kan kan hihihi

mama mya
http://www.quefamili.com

Pink Mama said...

Syima & Mama Mya, menang seronok pergi Zoo tapi sampai hari ni tak recover lagi penatnya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin