Tuesday, March 24, 2009

Anak bapak

Kisahnya dua hari lepas masa I dok melepak kat dalam bilik. Bunyi panggg.....punyalah kuat.

Rupanya Adik terpecahkan pinggan kat dining tempat makan

Apalagi mengamuklah Ayahnya sebab pinggan corelle tu kalau pecah, pecah seribu.

Bukan pasal pinggan sebenarnya tapi sebab dia scatter jauh so takut orang lain terpijak

Mengamuk sakan ayahnya, tempik macam rimau

Mencecit budak tu lari teriak punyalah kuat

Ayah dia dah datang bawak rotan

Keliling I ler budak tu lari ngelak tak nak kena pukul dengan ayahnya. I pulak batu ronsen. Pukul Yah...pukul dia. Dah cakap dah lain kali nak makan duduk kat meja makan..ini tidak merayap sana sini.

Laa...sekali ayah dia pukul...isykk...memang tak sakit ler. Kalau I pukul sah-sah lagi kuat dan sakit. Sound effect Adik jer yang kuat

Dah habis ayah dia sapu pinggan tu. Dia datang pujuk balik anak dia.

"Ayah sorry ya...ayah sorry". Cehh...hampeh....mana tak budak kecik tu naik tocang.

Memang sah anak kesayangan bapak :P

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin