Friday, March 13, 2009

Aksi-aksi menggoreng terlebih mat teppanyaki

Malam tadi lepas ambik budak-budak dari kelas mengaji kat rumah nenek diaorang, hubby nak pergi Aeon nak buat full settlement payment untuk laptop dia. Tu yang korang nampak muka Adik termelekat kat cermin kaca tu.

Alang-alang dah sampai One Utama, makanya makan kat food court ajerlah dinnerkan. Tetiba teringinlah pulak nak makan teppanyaki. Perut lapar giler sebab tengahri macam tak lalu sangat nak makan sebab selera tak ada. Kalau hari-hari tak ada selera bagus ni sebab boleh kurus you.

You nak tau, masa I tangkap gambar mat bangla ni goreng teppanyaki sekali dia dah terasa macam artis plak. Terus over excited buat macam-macam aksilah pulak. Ketuk sudiplah terangkat-angkatlah. Siap pose tu. Isykk...kuasa tau. Orang nak ambik gambo teppanyaki tu, dia plak yang terlebih excited.









Sebanarnya kalau balik goreng sendiri teppanyaki ni pun boleh. Alah bukannya susah sangat takat nak goreng daging dengan sayur-sayur tu semua. Tapikan sungguhlah peliknya taugeh teppanyaki ni I makanlah pulak. Mungkin sebab dia crunchy agaknya. Kalau taugeh dalam mee ker sah-sah ler dah kena buang.



Kakak makan sizzling yee mee with egg. Tapi dia kena marah dengan Ayah sebab dia tak habis. Dia yang beria-ria sangat nak makan. Dia sentap sebenarnya sebab Ayah pi minum air dia.



Tau tak the best sizzling yee mee ialah kat food court One Utama ni masa sebelum diaorang buat food court baru kat level basement ni. Masa tu food court tu depan supermarket Jusco. Sedap weiii...tak boleh lawan



Budak berdua lagi tu makan waffles coated with Belgian chocolate and ice-cream. I sebanrnya tak suka kalau waffle bubuh ice-cream sebab waffle tu akn jadi soggy tapi budak-budak ni suka.




Hmmm...nak makan apalah lunch ni kang. Nasi lemak pagi tadi ada lagi tak makan lagi. Malasnya nak keluar badan tak sedap ni.
So, you all makan lunch mana?

2 comments:

Mrs LVoe said...

tgok teppanyaki trigt kt hubby. tu fav dia. yee mee ctu mmg sedap akak. since dia buka kt basement, stuffy la ctu. tp sha belasah gak cuma hubby xbrp suka sgt.

arini sha cuma mkn maggi sbb malas nk kuar.

Pink Mama said...

Alah siannya Sha, sabar ya. April lagi setengah bulan jer lagi.

Akak pun tak keluar lunch. Lepas makan ubat batuk ngan antibiotik, rasa nak tido jer

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin