Friday, November 28, 2008

Like searching a needle in haystack

Ni baru betul entry tension. Tittle plak in English tapi entry in Malay....boleh?. Tak kisahlahkan, asalkan I dapat meluahkan perasaan. Bukannya apa hari ni hari yang sungguh memenatkan. Dah lah tengahari tadi pi jumpa doktor sebab sinus teruk malam semalam sampai menangkap kepala semua, tak larat nak bangun. Doktor yang biasa I jumpa plak tu cuti. Dah terpaksa jumpalah doktor replacement tu. Ceramah panjanglah pulak doktor ni pasal kena exercise ler dalam office. Office sejuk so kena banyak bergerak so badan panas sebab dia kata muka I pucat, kaki tangan semua sejuk. Memang ler dah orang tak sihat. Pastu my blood pressure pun low. I dok ler melayan doktor tu berleter, ku rasa macam mak-mak lak doktor tu. Oklah gak sebab dia bagi I half day MC.


Pastu dari klinik tu nak jalan balik ke office, sikit punya jauh dengan panasnya. Pastu member sibuk nak menyinggah sana sini beli barang. Mak dah pening dah ni, silap2 kang pitam lak. Member dok sibuk nak menyopping.....tensi mak tau. Rasa macam nak ku tinggalkan jer dia kat situ.


Hubby pulak bertuah hari ni pi parking kat Kg Baru sebab dia pergi gym kat KLCC tu, pastu pi sembahyang Jumaat kat masjid KLCC tu. Alamak dari office kena jalan pergi KLCC pulak. Letih berjalan dari klinik pun tak habis lagi ni nak kena berjalan pergi KLCC pulak. Ohh..pengsanlah macam ni.Pastu nak kena naik LRT pi Kg. Baru plak. Nak tanya kenapa ehh...dalam train tu yang ramai duduk jantan2 perkasa, pastu buat2 tido plak tak nak bagi kaum2 hawa ni duduk.


Dah sampai KLCC, singgah Guardian nak beli shampoo (ya saya tak beli lagi shampoo dan rambut saya masih berbau manly). Nak bayar tu queue punyalah panjang pulak. Last2 sebab tension, half way beratur decided to ditch the queue. Beli kat tempat lain lagi bagus...letih nak beratur lama-lama ni tau.


Tapi yang paling tension, sim kad Astro hilang kat Giant yang baru bukak kat rumah I ni. Petang tadi lepas ambik budak2 ni dari rumah nenek diaorang saja jerlah pergi Giant yang baru bukak tu. Si Abang ni pun satu hal. Tiap2 hari nak bawak sim card Astro tu pergi rumah nenek dia walaupun kat rumah nenek dah ada DUA astro. Dok bergaduh hari2 dengan Atok diaorang bab nak tengok TV ni. So balik tadi , Abang kata dia dah masukkan sim card tu dalam my handbag kat handphone punya slot tu. Agaknya tercicirlah masa I keluarkan handphone tu atau masa keluarkan my wristlet tu.

Sedar hilang simcard tu lepas balik hantar Abang pi Kumon sebab budak dua beradik ni nak tengok cartoon. Ayah diaorang ni suh cari kat Giant balik. Tensionnya haku....mana taknya I penat bebenau. Dah satu hal kena pergi Giant yang jam dan sesak dengan orang nak mencari simcard yang sekeping tu. Hallloooo....jangan harap ler nak jumpa. Like I say, it's like a needle in a haystack ler.

So sekarang I tensi sebab simcard Astro dalam bilik saya telah di'curi' oleh mereka. Sebab mereka nak tengok TV kat hall depan. Tensiii....tak leh nak tengok Astro dan terpaksa tengok TV3 jer ni. Sabar jerlah.

2 comments:

Nad Eusoff said...

byk2 bersabar ye sis..
eheh..ckp bab astro..sy pun dah dkt sebulan tak tgk astro..tggu rumah siap baru bley pasang balik..wuwuwu

Pink Mama said...

Nad: Akak sekarang suka tengok cerita Renjis dengan Menantu vs Mertua tu. Kalau tv satu lagi tu kena conquer dengan budak2 dengan Ayah diorang :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin