Pengajaran hari ini ya adik-adik semua. Kalau kaki tu dah bengkak janganlah berjalan-jalan. Mungkin disebabkan banyak berjalan dan berdiri, doktor klinik yang kat rumah ni cakap my ankle maybe ligamen dia terkoyak sebab dah ada blue black itu.
So doktor suggest perjumpa specialist yang kat UMSC tu tapi disebabkan oleh office saya itu tak cover hospital tu so I have to choose between SJMC or Pantai Medical Centre. Disebabkan Pantai MC lagi dekatkan so I'll go therelah.
Jangan kena jahit udah, Mak tak relaaaa.....Mak TAKUT walaupun dah dibius bagai. Doktor bagi MC 2 hari ya...besok saya MC lagi....Boss kat opis tu jangan menggelupur udah ler :P
kaki dah dibandage baru ya...yang ini boleh dicuci :)
Hubby saya kata kalau kena jahit ligamen tu bagus ler tak payah pi kerja. Iyalah tu, kalau kaki saya tak leh berjalan nanti, keringlah budak-budak tu. Rumah nanti mesti tunggang langgang punyalah. Nampaknya terpaksalah bawak bibik balik dari rumah nenek. (selama ni bibik kami tu, duduk rumah Nenek sebab budak2 ni lepas sekolah port diaorang rumah nenek depa...tak cayalah nak tinggalkan bibik duduk rumah sorang2 unsupervised selepas kes bibik lama dulu)
Hubby saya pun sakit kaki hari ni. Gout dia bengkak balik. So kami dua2 sakit kaki. Hubby kata dia sayang sangat saya tu yang dia pun sakit sama. Tapi kami selalu macam tu, kalau dia sakit, saya pun mesti sakit jugak. Kalau dia sakit bahu, bahu saya pun mesti sakit jugak. Vice versa macam tulah. Kadang-kadang pelik jugak. Nurse klinik tu cakap kami ni sehati sejiwa...hehehe
No comments:
Post a Comment