Kalau nak cari my family on weekends, we're either in One Utama or The Curve. Semalam kami ada kat The Curve...melepaks. Macam-macam aktiviti ada semalam kat Ikano tu, memang meriahlah dengan clown, magic show tapi yang paling best Padini Group ada sale.
Ayah nak solat so kami naik atas dulu. Sampai-sampai kat atas tu ada remote control car punya competition. Apalagi tercangok ler budak-budak tu menengok sampaikan Mamanya nak pi sale kat bawah pun tak boleh.

Punyalah ramai orang sampaikan nak memilih pun tak boleh sangat. Dah beratur, bayar baru ternampak aksessori yang murah-murah tu. Nak beratur balik rasanya tak sangguplah sebab lepas I bayar, queue punyalah panjang. Lain kali ajerlah nampaknya atau pergi weekdays. Lagipun sale sampai 21hb Nov ni so sempat lagi tu.


ini separuh jer ni, panjang lagi sebenarnya sale ni
murah assesori start dari RM2.00
dari belakang lift to the walls of crocs sale Padini ya
ini hasil rembatan saya :P
Malam hasil memujuk Ayah, dia membawa kami ke Wendy's Mont Kiara :) Lepas gian nak makan Wendy's.
My bill for last nite came up to RM49.10. Alamak tak nampak pulak bil kat bawah tu. Harga dia ala-ala Burger King ler.
No comments:
Post a Comment