Dengan kaki yang still sakit malam semalam, dek kerana teringin nak makan nasik ayam so gagahkanlah jugak masak sendiri nasi ayam. So nama nasi ayam saya ni...nasi ayam kaki dengkut...hehehe.
Budak-budak bertiga tu makan sampai bertambah-tambah. Kakak makan sampai sejam ada kot sebab dok menambah nasi dengan meratah ayam. Budak-budak ni kalau mama diaorang masak, pujinya melambung-lambung. Masalahnya Mama bukannya larat nak masak tiap2 hari especially hari kerja sebab letih bebeno bila dah sampai rupa lebih2 lagi kalau musim hujan. Jalan jam teruk.....sampai rumah selalu lambat. Budak-budak ni makan rumah Nenek diaorang jer ler.
Kat atas tu resepi nasi ayam yang my mom bagi. Itu tulisan tangan dia sendiri. Sapa-sapa nak try...silalah ya :)
No comments:
Post a Comment