Adik suruh jahitkan balik ekor kucing dia tu tapi Mamanya malas nak keluarkan jarum dengan benang malam-malam butakan. So ayat standard Mamanya ialah "weekendlah Mama jahit ya". Mama telah terkena sedas dengan Adik, " Mama cakap macam tu minggu lepas". Adesihhhh.....kena sebijik. Disebabkan terkena sedas oleh cik kak smarty pants itu, Mama pun terpaksalah menjadi doktor bedah menjahit kembali ekor kucingnya yang telah tercabut itu.
Semana lebarnya senyuman kucing itu, lebar lagi senyuman anak saya selepas kucingnya sempurna kembali. Terus dia pergi tidur kepit kucing kesayangan dia tu.
Disebabkan Ayah diaorang outstationkan, so anak2 semua nak tido dalam bilik Mama diaorang. Abang kena tido kat bawah, dah siap bentang tilam dengan comforter bagai. Bangun pagi ni tengok-tengok semua empat-empat atas katil. Patut ler sempit malam tadi. Nasib baik ler katil king size kalau tak ada yang Mamanya yang tido kat bawah pulak.
Anyway, Ayah budak2 ni dok call ler, video call ler...punyalah banyak kali semalam. Sapa yang terlebih rindu sebenarnya ni :)
No comments:
Post a Comment