Lebih teruk lagi bila tak bergerak-gerak kereta semua. Apalah nak jadi dengan bandaraya Kuala Lumpur ni. Kalau hujan jer mesti semua makhluk kat atas jalanraya tu tak leh bergerak. Jam sana sini. Jalan Duta jam teruk nasib baik ler drebar saya tu redah jer ikut jalan lain.
Boleh tembus tau dari belakang kompleks kuaters gomen Mahkamah Tinggi tu ke Mt. Kiara rupanya. Selama ni haram kitaorang tak tau.Nasib baik ler boleh ikut jalan ni. Kalau tidak, tak taulah berapa lama nak stuck kat dalam jam yang langsung tak bergerak-gerak tu. Mau kematu bontot duduk dalam kereta tu dan dah tak larat dengar drebar saya membebel-bebel. Bukan salahku KL nak jam tiap-tiap hari Jumaat. Kalau tak nak jam....kita beli helicopter, NAK?
keluar dari terowong ni kira dah dekat sampai ler tu :)
tengok 8.05 kan......kalau nak pergi Melaka dah sampai lama dah.
Sampai rumah pukul 8.05 minit. Penatnya......sakit pinggang tau duduk dalam kereta lama-lama. Boleh buat orang semua tension dan menghabiskan minyak kereta jer tau.
No comments:
Post a Comment