Kalau dah sampai Terengganu tak mandi laut kiranya satu kerugianlah. Best mandi sebab air laut dia sejuk dan air laut bersih. Budak-budak ni kalau tak bau mandi laut ada yang meraung agaknya.
Budak ni jer yang mandi kat gigi pantai sebab penakut
Mama budak pun mandi laut jugak. Mula-mula jual mahal konon tak nak masuk dalam laut. Sekali dah tengok semua berendam, wah tak boleh tahan you. Panggila pulau memanggil-manggil tu biras I tengah angkat anak dia yang takut dengan laut. Mula-mula jer takut lepas tu dia yang tak nak keluar
Ayah siap beli plastik hitam cover seat kereta semua sebab tahu kami semua sure basah kuyup lepas mandi laut dan berpasir.
No comments:
Post a Comment