Hari ke tiga, kami balik ke Taiping. Kami pergi Bukit Merah Laketown Resort waterpark. Berapa RM ya ticket, sorrylah tak ingat sebab yang tukar bayar Ayah budak-budak ni.Tapi kalau nak tahu lebih detail pasal Bukit Merah Laketown Resort boleh klik sini. Dari pukul 1 lebih sampai dekat pukul 6.30 kami kami kat dalam tu. Susah benar nak ajak budak-budak ni semua keluar dari air. Bapak budak pun sama, main air tak ingat dunia. Mama jugak yang kena jaga barang2. Ada loker nak simpan barang kat dalam tu tapi macam tak berapa percaya sangat nak tinggal wallet semua dalam loker tu. Tapi akhirnya Mama depa tak berjaya melawan panggilan pulau, terjun jugak dalam air tu.
Anak-anak saya semua gelap kena sunburn. Silap I jugak sebab tak sapu sunblock kat budak-budak ni. So malam semua badan perit-perit. Masa main air tu tak hingat dunia,kan. Saya dah penat tapi budak-budak ni sanggup mengangkut pelampung besa tu naik main water slide tu. Oh koser maknya nak mengangkut.
Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti boleh buat kat Bukit Merah ni tapi kami masuk waterpark saja sebab dah tau dah sure lama kat dalam tu. Kalau tak bawak baju mandi jangan risau, boleh beli aje kat souvenier shop kat situ. Baju mandi orang dewasa pun ada. Siapkan aje RMnya.
Seronokkkk.....
Kat bawah ni, I tengah tengok orang memancing ikan. Kalau nak memancing sendiri pun boleh. Sorry I tak ingatlah berapa rate untuk memancing ni. Tapi nampak macam senang jer orang yang jaga tempat memancing ni pancing ikan. Kejap jer ikan dah menangkap mata kail dia.
Nampak tak ikan kecik tu
Dah penat kat Bukit Merah ni, kami balik rumah my stepmom. Malam nilah yang kami pergi makan mee udang yang RM6 yang penuh satu pinggan tu.
Nanti I sambung lagi apa yang kami buat keesokan harinya ya :) Till then..Selamat Malam
2 comments:
HI pink mama... wah best nye bercuti.... eh you pergi sekapal dengan EJ ke? dia pun ke bukit merah
yatie, sawanila.com
Wah, ramai ke Bukit Merah ek... :)
Post a Comment