Thursday, August 6, 2009

Old Alma Mater

Kat sinilah I banyak my teenage time. Majoriti of my time memang spend kat dalam compound ni.
Boleh kata lepas habis sekolah, pukul 4 mesti datang balik sekolah sebab nak main volleyballs with kawan-kawan.
Tak sah kalau tak main volleyball hari-hari. Pada sesapa yang pernah terkena lantunan bola volleyball I tu, hamba mintak maaf ler. Terkuat sangat service gamaknya.

Macam-macam kenanganlah kat sini. Dari kenangan dengan kawan-kawan dan cinta monyet. Dapat surat cinta dari peminat dan bunga masa valentine day. Pastu masing-masing duk mengira berapa kad raya dapat dari admirer.

Kenangan ponteng sekolah jangan cakaplah. Selalunya last period kena bilik gelap untuk tengok video. Masa time tu lah angkut bag lari balik ikut pintu gate belakang. Kenangan pernah kena kejar dengan cikgu pun ada sebab ponteng kelas Biologi. Pokok pagar yang tinggi tu dapat dilompat sebab nak elak kena tangkap dengan cikgu.

Paling tak boleh nak lupa bag sekolah kawan-kawan selalu jadi mangsa kena sorok. Ada jer kerja yang mendajal orang. Tapi nakal-nakal my classmates pun semua berjaya jadi manusia. Semua sekarang kerja hebat-hebat. Mesti ex-guru2 kami bangga dengan kami...cewahhh...perasan =)


area kawan dari gang I berdating, turun naik bukit. Kalau dia baca ni ada yang I kena belangkong sekali =)



inilah area I selalu kena naikkan flag hari Isnin. Ya saya adalah pengawas sekolah yang berhemah =)


dulu kat sini kantin sekolah, sekarang dah jadi block bangunan sekolah.


Semalam jumpa my friend yang mengajar kat sekolah ni. Tu yang naik sampai atas setelah berpuluh tahun dah tak jejak kaki ke sini. My son might go to this school cause it's near to my parents house.


Kenangan betullah....

Sekolah mana?

biarlah rahsia. Nanti buh nama sekolah kat sini kalau ada orang google, dibuatnya my ex-classmates or schoolmates....I tak rela you.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin