Kisahnya masa kami kat One Utama untuk shopping baju budak-budak tu, a talent scout approach us suruh bawak Abang casting kat agensi derang.
Abang tak nak sebenarnya, biasalah budak lelaki pemalu tapi mak bapaknya telah memaksanya jugak. Teruk punya mak bapak ya…hehehe…tak kira jugak.
Lepas habis shopping kat One Utama, bawaklah budak-budak ni pergi Agensi kat Ara Damansara ni.
Mula-mula ingatkan derang nak casting Abang jer, sekali derang suruh Adik pun try sekali. Oklah….asalkan budak-budak nak buat.
Kelakarlah pulak tengok budak-budak ni casting. Tetiba anak-anakku jadi pemalu…aiyohhhhhh
Abang casting tu tengah ajar Adik berlakon sikit
Adik try buat muka boring pastu Adik bau, bau yang wangi sangat..hmmmmmm
Agaknya talent scout ni suka Abang sebab Abang pakai baju merah kot
pusing kanan, pusing kiri…pusingggggg
Casting ini adalah untuk suka-suka sahaja ya, kami tak adalah harap sangat anak-anak kami dapat iklan ke tak. Kalau dapat it’s a pluslah.
Tetiba teringat time I muda-muda dulu, dapat jugak offer masuk modelling agency tapi I pemalu you…hehehe.
2 comments:
wah! bagai kuah jatuh ke nasik lah nie yer :)
hahahaha....bidalan baru ya =)
Post a Comment