Pagi semalam dah makan nasi lemak. Ya ini cerita semalam ya, bukan cerita sedih hari ini yang kena datang kerja membuang masa sahaja tanpa membuat apa-apa selain memicit jerawat stress yang banyak keluar didagu dan membaca majalah Glam agar air liur meleleh-leleh melihat designer bag yang cantik-cantik. Rasa macam nak rembat semua walaupun asyik terkenang-kenangkan Neverfull Damier. Kang ada yang kena penyepak dari sang suami (figure of speech saja ya, suami saya mana ada penah sepak saya...takut kang you all report talian tele-dera pulak :P) sebab saya baru meletakkan deposit untuk iPhone 3gs tu. Dapatnya ngak tau bila lagi sebab waiting listnya panjang bangat.
Back to the lunch story. Semalam I makan tuna sandwich saja di Oldtown White Coffee. Sedar diri sebab hari tu dah buat lawatan ke butik Layla, banyak baju lawa-lawa tapi isipadu silinder badan menyebabkan segan nak pakai baju-baju Layla. Makanya insaflah ya, catulah makanan supaya sekurang-kurangnya boleh turun 10 kilo.
Saturday, August 1, 2009
Just sandwich please
Labels:
lunch
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment