Saturday, January 17, 2009

Invitation makan CNY

CNY lagi dua minggukan tapi semalam I dah dapat jemputan makan-makan sempena CNY.
Orang jemput makan, rezeki jangan ditolak



Buffet spread dia memang bestlah, macam-macam makanan ada

Disebabkan semalam lunch I tak keluar makan sebab tak ada gangkan, macam simpan perut pulak nak belasah makan banyak-banyak petang tu



pinggan pertama. sate and daging kambing. biasanya I tak makan daging kambing, tapi yang ni sedaplah pulak


pinggan kedua. kueyteow goreng, kebab udang - I like, beef bbq dengan patato salad.

bercampur-campur pulak dalam pinggan tu caca-marba. Ala dalam perut pun bercampur jugakkan





Tapi yang best sekali dapat free gift masa nak balik


buah limau dua biji. Buah limau ni kira macam gold ler. Kalau bagi gold betulkan best...kaya akak :)


dan pendrive 2Gb, boleh bagi kat Abang yang sibuk suruh belikan dia thumbdrive




Masa nak balik tu baru perasan yang butik Scoop tu ada kat depan sikit jer dari tempat open house tu. I tak sempat nak masuk sebab Encik Suami saya dah turun escalator. Tak menyempat-yempat pulak dia, selalunya dia yang jalan slow macam kura-kura


Kenyang. Rezekikan. Bilalah pulak bos nak belanja makan sempena CNY kat Mandarin Oriental ni. Bos...I want to eat the delicious durian pie lah.

2 comments:

M4M4 MY4 said...

salam ziarah.. yaa lorr raya cina sudah dekat hehehe.. syiok makan besar hehehe

www.quefamili.com... mama mya

Pink Mama said...

Mama Mya, kalau dapat angpow besar lagi syok...hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin