Monday, January 5, 2009

Hari pertama sekolah


I tell you Mama budak-budak ni yang penat terlari sana terlari sini. Nak kena settle yuran2 Abang dan Kakak. Nasib baiklah Adik punya yuran semua dah settle masa orientasi bulan November tahun lepas. Abang tahun ni ada kelas tambahan dekat sekolah tiap2 hari dari Isnin sampai Khamis sebab tahun ni Abang ada periksa besar. We have to pay extra RM30 sebulan untuk kelas tambahan tu.

Anak dara kecik ni ingatkan brutal sangat, sekali hari ni hati dia jadi kecik pulak. Dalam kereta beria-ia tak kasi Mama teman dia kat sekolah. Sekali dah sampai sekolah, dia pulak yang tak nak berenggang dengan I. Nasib baiklah tak ada adegan airmata ke apa, macam budak lain :)

Nak jadi cerita tayar kereta boleh bocor pulak pagi tadi tercucuk paku. Nasib baiklah kedai tayar kereta tu dekat dengan sekolah, so lepas pergi breakfast pergi tampal tayar kereta. Nasib baiklah tak payah ganti tayar sebab tayar baru lagi ganti hari tu.


Nampak tak kereta saya calar kat tepi tu. Itu telah dilakukan oleh suami saya yang terrer bebenau parking kereta tu. Masa tu kereta I baru 2 bulan. Semua my previous2 car semua calar setelah dipandu oleh suami saya. Sabar jelah. Kita punyalah sayang kereta kita.

Anyway, Adik penat betul hari ni. Balik sekolah makan terus mata dia dah kuyu nak tidur. Kesian pulak tengok. Mama dia pun sebenarnya pun sama. Penatnya ya amat hari ni. Petang lepas ambik budak-budak ni sekolah, jumpa bantal terus lena. Penat sangat. Besok kena tengok lagi budak kecik ni kat sekolah sebab dia tak familiar lagi dengan school environment. Culture shock sikit sebab lain bebenau dengan kindy dia. Tadi pun dia balik sekolah naik bas sekolah. Tapi tadi Abang ada, nanti Abang dah start kelas tambahan dia kena balik sendiri. So I akan temankan dia sampai hari Rabu, hopefully after that she'll be fine.

Mother's worry too much, ya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin