Saturday, February 12, 2011

Tak habis-habis cerita Cameron Highland

Seronok kerja hari Sabtu ni....orang lain semua bersenang-lenang kat rumah ntah-ntah tido lena atas katil empuk lagi, kita melangut dekat ofis yang panas ni. Of courselah tak syok =P

Bukannya dapat claim pun, lainlah kalau clerk bolehlah claim OT dengan milege lagi. I dapat claim milige jer yang ala-ala sekangkang kera tu.....nak buat macamana rumah dekat dengan office. 16km X RM0.80 dapatlah RM12.80 .....boleh ler buat makan lunch sekali kat One Utama tu =P

Since dalam draft I ada lagi gambar masa pergi trip Cameron Highland tu kita kasi sambunglah balik sementara menunggu derang ni habis testing system, ada gak benda I nak buat.
So hari tu lepas pergi habis melawat ladang Boh tu ada lagi stop bukannya balik terus.


kita stop makan nasi daun pisang dulu at Tanah Rata

Ini akibat malam sebelum tu terliur tengok mat-mat salleh makan daun pisang at kedai Mamak tapi sebab dah beli KFC sebarrel takkan gatal nak makan nasi lagikan.

Kitaorang tak balik ikut highway instead balik ikut jalan ke Teluk Intan sebab teringin nak tengok menara condong Teluk Intan. First time seumur hidup I tengok menara ni. Ku ingatkan tinggi nau menara ni, rupanya chomel jer ya.

On the way to Teluk Intan tu, something scary happen. Jalan ke Teluk Intan tu tak adalah banyak sangat kereta. So we were driving ala-ala makan angin gitu sekali dalam jarak 500 meter macam tu nampak ada satu kereta dari arah bertentangan melelong-lelong kiri kanan sampai masuk lane kami. Tetiba dalam dalam 100 meter macam tu nampak kereta tu betul-betul jalan dalam our lane but from the opposite direction. I was like shit.....biar benar orang ni mabuk ke?. My hubby terus berenti kat bahu jalan. Kalau jalan gak ni mau bertembung dua-dua. Bila driver tu pass us, nampaklah satu apek tua bawak kereta....tak tahulah drunk ke atau sakit ke. Hopefully kereta-kereta yang belakang kami semua nampaklah kereta merbahaya tu kalau tak memang sah accident. So kalau bawak kereta tu pleaselah be alert sebab kadang-kadang kita bawak kereta dah betul dah tapi orang lain pulak yang buat hal.




so been here...bilalah pulak nak pergi Menara Pisa ni

From Teluk Intan kitaorang ikut jalan laut balik rumah so lalulah kat Kuala Selangor.
Ada hati lagi tu nak pergi tengok kelip-kelip at Kampung Kuantan walaupun dah pukul 9 lebih malam.
Jauh jugak nak masuk ke tempat kelip-kelip ni.

rupanya ada bot ride nak pergi tengok kelip-kelip

itu rate for the boat ride

end up tak pergi tengok kelip-kelip. Ingatkan free ...kena bayar kensellah. Lain kali jerlah jawapnya plus masing-masing muka dah layu jer sebab kepenatan.

Sampai rumah dah dekat pukul 11. Besoknya tunggu orang betul Unifi (unifi rumah rosak 5 hari minggu lepas) satu hari tapi technician Unifi tak datang-datang macam menunggu buah durian yang tak gugur.

So itulah kisahnya cuti hari raya Cina.

Bagi yang berkerja hari ni ...sekapallah kita. Bagi yang cuti hari ni.....jelesnya saya =P

3 comments:

sesemut said...

haaaaaaaaaa.. apek tu bawak keter warna putih ker?
kalau betul... apek tu la yg pi langgar keter my bro head on... gila bawak keteer lilau2.. bila tanya apasal drive camtu, boleh dia gelak2...
(marah ni marah) ..

btw, awat x habaq awai2 nak pi teluk intan, boleh singgah rumah petang tu saya masak nasi bukharah.. walllahhh..

Pink Mama said...

kalau tak silap Akak lah...laaa ya ke dia langgar kereta your bro. Fuhh...Akak dah agak dah mesti dia langgar orang punya.

Dik, lain kali Akak bagitau ya. Boleh makan nasi Bukharah =)

Nana said...

Sesemut .. isk bahaya nye .. hope your brother is ok ..

ahhhh dah lama tak balik Teluk Intan!!! hari tu balik Malaysia tak sempat nak balik! my grandma aje yang datang KL.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin