Monday, November 1, 2010

Luahan perasaan jer

Semalam dalam kepala otak dah set dah banyak nak update hari ni. Macam-macam yang nak ditulis dan dicerita tapi sampai-sampai ofis hari ni terus depress. Tetiba rasa macam nak menyumpah seranah jer hari ni...ilang mood. Terus rasa down sangat. Ingatkan Isnin bulan baru ni bawa ceria rupanya........
rasa macam nak terjun bangunan jer. Tapi rasanya kalau terjun pun masuk terus ke tempat parking One Utama tu.

Kalau cerita pasal hal ehwal kerja ni sampai besok pun tak habis story. Redha jerlah tempat cari rezeki. Cuma tak suka orang-orang kat sini, macamlah dia sorang jer yang buat kerja orang lain tu goyang kaki ke?

Tak guna nak menyakitkan hati sendiri so lebih baik jangan ambik hati sangat kalau tak melarat.

Marilah tengok anak saya posing dengan macam-macam gaya dengan cermin mata hitam.

 



which one do you like most?
Pose yang last tu dah macam pose kumpulan Kiss.
Kalau tak tau sapa Kiss tu gi ler google, maleh den nak mengeksplain.

2 comments:

Nana said...

hahahahah very the very cute!!! The kiss pose rawks!

Pink Mama said...

hehehe....budak kecik tu suka posing pelik2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin