Wednesday, October 29, 2014

Masak campak-campak

Isnin lepas nak masak sekali beras dah habis pastu lupa nak beli. Nak keluar balik pergi kedai malas.

Nasib baiklah dah suruh budak-budak ni keluarkan stok ayam yang ada dalam fridge. Lauk lain semua dah tak ada. Kalau ada pun hotdog dan fishball saja. Tak sempat nak beli bahan-bahan basah minggu ni.

Dalam laci pantry ada bihun. Bihun tu kira penyelamatlah sangat. Kalau dalam keadaan terdesak, bihun selalu save the day. Hero sangat!

Sayur pun dah tak ada. Cuma ada tomato 2 biji jer. So paling senang kita makan bihun tomyam sajalah.

Paling senang sebab rebus air, masukkan bawang, serai, cili padi, lengkuas dan kiub tomyam tiga ketul. Menggelegak masukkan ayam yang dah potong kecik-kecik dan perah asam limau.
Last sekali baru masukkan tomato sebab tak nak tomato lembik sangat kalau masuk awal-awal sangat. Buh garam. 

Taraaaaa....dah boleh makan lepas celur bihun dengan air panas. Senang jerkan. 



Semalam baru sempat nak pergi beli barang-barang basah kat Pasar Malam Sungai Buluh. 
Dah tua-tua ni dating berdua kat pasar malam jerlah. Itu pun 6.30 petang anak dah call kenapa tak balik lagi.....tak bagi chance langsung. Mak bapak korang pun korang kenakan curfew. =P


Stok ikan dah penuh dalam petias so macam-macam lauk bermain diminda. Bosan dah makan ayam hari-hari. Budak-budak ni okay jer kalau makan lauk ayam hari-hari tapi I dengan ayah derang yang tak tahan. Kalau makan lunch tu kalau boleh kitaorang avoid ambik lauk ayam sebab malam nanti sure ada lauk ayam kat rumah.

Anyway, semalam kitaorang makan bihun sup beli kat pasar malam saja. Pastu I pi gatal tuang kicap cili padi tu dalam kuah bihun sup tu, berdenting pedas oi....padan muka tapi sedap sangat. Alamak laparlah pulak perut ni....oklah baiii nak pergi makan roti jap.

2 comments:

Lynn Huraiza said...

lynn pun kalau masak menu yang simple simple jer...senang x pening kepala...hihihi...

Pink Mama said...

Masak menu simple jugak senangkan Lynn =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin