Wednesday, October 8, 2014

Gentleman takkan

Ni Akak nak bagi nasihat sikit kat jantan-jantan sekelian. Jantan tau bukannya lelaki sebab ada beza antara dua ni.

Adalah satu hamba Allah ni everytime dia jumpa I every word yang keluar dari mulut dia mesti menyakitkan hati I. If you don't have anything nice to say, then please just zip your mouth.



Gentleman just don't :-

1) Tell straight to a lady's face that she's fat. 

Kalau cakap I gemuk I still boleh terima sebab I sedar memang I gemuk pun. Tapi kalau menambah perisa kata tak sedap mata dia memandang semua. Kau sapa dengan aku yang kau nak cakap macam tu. Tak ada pertalian apa-apa pun selain daripada kerja satu tempat.

Even my own husband don't criticized me that way, engkau pulak yang over. Tak suka tak payah terhegeh-hegeh datang jumpa I. Banyak lagi muka lain kau boleh jumpa. Aku tak suruh pun kau datang jumpa aku pastu duk nak brag nak meng'up'kan diri everytime.


2) Ask a question if someone is pregnant

Nak tanya boleh tapi agak-agaklah weh. Kalau orang tu tengah duduk kadang-kadang jacket atau baju dia macam mengelembung sikit. Pastu tanya bunyi macam sinis. Macam nak memerli. 

Kalau aku pregnant pun apa kau susah.....aku ada laki. Anak tu rezeki Allah bagi. Aku tak suruh pun kau bagi makan anak aku.


3) Bragging terlebih 

 Dialah paling bagus dapat tackle budak-budak kolej semua dan dapat travel overseas sokmo. Anak sendiri pun dah baya budak-budak pompuan kolej tu tapi tak sedar diri jugak. Dahlah cerita kat kita macam tak ada perasaan malu sekelumit pun. Malulah sikit wehh.....kau tu bukannya remaja lagi. Anyway, ada aku heran kau dapat travel gi merata-rata. Aku pun dah pergi dah overseas daripada sekolah rendah lagi ok. My parents can afford it. Itulah sian dah tua-tua baru nak dapat merasa dapat travel sana sini tu yang meriak tak hingat dunia.


I jarang tulis post marah-marah macam ni tapi species sekor ni semalam memang buat I hilang sabar sangat. Benci menyampah sangat. 
Bukannya I sorang jer yang tak suka dia, it seems that ramai lagi yang tak berkenan dengan perangai dia. 

Mungkin lepas ni kalau dia datang jumpa I lagi.....I'll just pretend to be deaf!



kalau handsome macam ni tak perlah jugak buat cuci mata =P




2 comments:

CikLily Putih said...

ermm teruknye lelaki cam tu ek...

Pink Mama said...

CikLily,

Spesis lelaki macam tu jer yang teruk =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin