Tuesday, October 7, 2014

Salam Aidiladha 2014

Salam di hari ketiga Aidiladha. Masih berkumandang takbir dicorong radio. 

Kami macam biasa akan beraya di kampung yang sekangkang kera jauhnya dari rumah kami. Adik beradik pun semua beraya disini pada raya kali ni so meriah sikitlah bila menjamah sup tulang korban.

Anak lelaki pun dah dijemput Jumaat lepas lagi. Boleh tahan jugaklah jam jalan, siap drama tayar pancit tepi jalan. Abang kena jadi tukang jaga traffic sekejap tapi budak tu suka sebab katanya dia dapat tengok macam-macam kereta dan motor mewah. Nasib baik ada hamba Allah yang baik menolong menukarkan tayar kereta hehehe....balasan yang baiklah untukmu. Sanggup dia berhenti nak meolong walaupun ramai anak-anak kecil dalam kereta dia. Masih ramai lagi insan yang baik didunia ini =)

The only raya picture taken with my girls. Hak yang pakai tudung tu masam jer mukanya. I ingat nak juallah shawl Tudung people tu sebab tak reti nak menggayakannya....ada ke yang nak beli.

Macam biasa aktiviti raya kurban kami adalah melihat lembu dikorbankan. Tahun-tahun lepas kariah tak dapat daging lembu sebab daging-daging akan diagihkan ke kawasan lain. Tapi rasanya ada terdengar suara-suara yang tak puas hati. Tahun ni kariah penduduk setempat dapatlah merasa daging korban bila sistem kupon dilaksanakan. Malahan warga asing pun kena ambik kupon untuk ambil bahagian daging mereka. Dapatlah kami sorang sekilo daging korban.








yang terkorban


my jubah dan tudung raya dari butik Bella Ammara. Sangatlah comfy.
Makan banyak pun boleh cover perut hehehe


Kami model sendu Bella Ammara dan Radiusite
Jubah kami and my shawl dari Bella Ammara, while my sister's shawl dari Radiusite.
Shawl Radiusite lagi murah harganya dari Bella Ammara...kalau ku tahuuuuu....

Banyak okay gambar yang kami snap sebab my sister tak puas hati sebab dia nampak gemuk. But I'll only choose gambar yang I nampak presentable sikit hehehe...



satu periuk sup daging juadah hari raya. Pagi tu kami dah belasah nasi impit, rendang dan kuah kacang. Lemang I yang beli. Satu batang RM12 tapi bila potong, tak cantik langsung.


the eldest and the youngest cucu bantai tidur di hari raya =P
Abang qada tidur sebab baru habis exam semester seminggu straight sebelum raya.
Lepas raya ni sambung balik exam....sian. Nak buat macamanakan memang tanggungjawap pelajar.


Sempat jugaklah kami ke rumah makcik ni. Dah macam kat kedai macam-macam makanan ada. Laksa, nasi tomato, kuah lontong......Reen kalau masak memang hebat. Kalau bosan kerja nanti silalah buka kedai makan sebab sure laku. Thank you BFF for inviting us. Petang siap tapau hantar rumah lagi lauk tu. I siap makan nasi tomato untuk breakfast besok pagi.

Semalam dah hantar Abang balik hostel. Masyaallah budak-budak tu semua balik dari rumah parents masing-masing membawa satu kotak stok maggi. Kalau jual maggi tu kat member-member sure laku. Sebulan lagilah baru dapat jumpa anak bujang tu sebab tak ada dah cuti panjang lepas ni sampai cuti next cuti sekolah. Kena check balik cuti semester dia sama atau tidak dengan cuti sekolah biasa. Mama dah rindu dah ni.....poyokan baru sehari hantar anak balik hostel.

Itu jerlah kisah raya Aidiladha kami. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin