Murah rezeki sebab semalam tetiba boss offer nak belanja makan kat Restoran Muhibbah Seafood TTDI.
Kecik tapak tangan, nyiru ditadahkan. Rezeki jangan ditolak, kalau ditolak takut lain kali tak datang lagi peluang tu =D
Lain kali kena tunggu boss stress lagi kalau nak makan sedap-sedap time lunch ni. Layan jerlah luahan perasaan dia....tahu ada masanya kita nak orang dengar jer luahan hati supaya semua stress hilang. Jangan salah sangka ya...ni luahan hati tentang kerja sahaja strictly. Lagi pun penuh satu kereta tu boss angkut untuk belanja lunch.
Lama dah tak datang makan sini. Nampak tak tu, voted best chinese Restaurant 2005/2006. Makanan kat sini memang bestlah.
Kalau nak rasa makanan kat sini, tu ada alamatnya. Silalah guna GPRS/Garmin/Google Map atau map kertas tu pun boleh kalau tak tahu restoran ni kat mana
Ginger garlic beef, toufu masak apantahtakingat dan ada dua lagi lauk sebenarnya. Semuanya ambik portion kecik tapi memang cukuplah untuk makan 5 orang. Ngam-ngam tak membazir.
Perempuan ni sebenarnya kontrol ayu sebab belakang dia tu Seelan Paul. Tujuan sebenarnya pun nak skodeng gambar Seelan...hehehe
Tu semalam, hari ni I satu hari duduk rumah jadi domestic goddess. Kemas rumah, basuh baju, lipat baju, masak lunch, buat cucur udang for tea.....lupa nak bagitau sempat jugaklah tidur seround, tengok TV, tengok VCD. Bosan jugak sebenarnya duduk rumah ni kan. Tapi tak per....rehatttttt.
Akademi Fantasia musim baru dah mulakan...layankan jerlah. Kalau rasa-rasa pelajar semua bosan-bosan, minggu depan selamat tinggallah Akademi Fantasia, malas nak layan lagi.
No comments:
Post a Comment