Ntah apa pasal ntah rasa malas sungguh. Perasaan tu macam nak tidur jer. Mungkin jugak sebab malam tadi selsema kronik sangat. Pukul 1 pagi macam tu tak boleh tidur sebab hidung tersumbat pastu hingus meleleh macam air terjun . Bangsa kalau tak sempat cari tissue memang terus meleleh ke baju ler....eee...grosskan.
Tengah-tengah malam duk mengangau korek handbag dalam gelap cari ubat selsema. Time ni lah tak jumpa pulak ubat selsema tu. Siap selongkarlah satu bag tapi tak jumpa jugak. Stress okay......nasib baik selongkar-selongkar lagi baru jumpa. Kalau tak jawapnya tak tidur lah sampai pagi. Terlelap kejap...rasa macam baru nau mata tu terlelap, alarm dah bunyi. Stress!
Adik pulak malam tadi siap bertongkat-tongkat dalam rumah. Tongkat ketiak ayah dia belasah. Bila tanya, dia kata jatuh dekat sekolah sebab tersadung kasut kawan. Luka kaki kecik jer tapi siap jalan terhenjut-henjut. Biasalah budak kecik tu memang drama queen sikit.
Hari ni actually petang nanti, office kami ni ada buat New Year Party/gathering. Dengarnya 2 ekor kambing boer yang terkorban. Tak tahu ehh macamana rupa kambing boer....jap..
nilah kambingnya. Ganteng kambingnya.
Kambing kau jadi kambing goleklah petang ni nanti.
Selain kambing atas, 10 ekor ayam pun ayam bertukar jadi roasted chicken dan satay 1000 cucuk. Gasaklah kita party sakan petang ni nanti. Tapi yang tak bestnya party start 6.30pm. Melangutlah ko sejam situ tengok jerlah kambing tu kena golek dulu. Insyaallah nanti I ambik gambar tunjuk korang ya...kita tgk hensem tak kambing tu.
Tapi apasallah mood masih lagi tak baik ni....mungkin sebab airkon opis ni sejuk sangat kot. Nak kata ambik mood Christmas, dah over dah Christmas Rabu lepas. Ntah ler...yang penting, rasa nak tidur jer ni.
Selamat Hari Jumaat semua! Mak tunggu kambing sampai, baru ceria balik kot =P
4 comments:
sedap nye!!! Enjoy your weekend ya!
YT, same to you =)
selamat menjamu kambing golek yer.... mudah mudahan baik lah selsema tu... :D
CathJ, thank you dear :)
Post a Comment