Sabtu lepas my late MIL punya kenduri arwah sempena setahun arwah pergi. Biras & BIL I hantar sms kat my hubby kata suruh datang pukul 10 pagi. I pun musykil takkan nak buat kenduri arwah pukul 10 pagi kot?. Selalu orang buat lepas zohor. Alahai...rupanya nak suruh tolong masak. Cakap terang-terangkan senang. Namunn....malangnya I kena pergi kerja last Saturday. Ialah time Saturdaylah baru ofis dapat buat testing on system, hari lain orang kerja. Ni ikut regulators punya syarat.
So idak ler nak mengelat masak untuk kenduri sebenarnya cuma timing jer yang tak betul. Kalau sapa-sapa nak ngumpat I tak tolong tu I couldn't care less sebab I tau walaupun I tak tolong masak tapi I tolong mengemas lepas tu....nak jugak justify diri sendiri tu. Kalau my hubby baca sure dia kata, apahal yang nak jadi defensive sangat ni....tau dahhh....
So, anyway lepas hari kenduri kitaorang lepak-lepaklah kat area goreng ayam kat luar tu dengan akak jiran sebelah.
Sembangnya berkisar bab kesihatanlah ya sebab semua warga ala-ala nak masuk veteren. I jer idak ye...bak kata anak I kat kawan dia, "Tu mak saya....mak saya muda lagi tau". Dengar dek mak budak-budak lain mau muntah darah agaknya derang.
Hubby I ceritalah yang dia ada gout, so telah mengeluarkan petua nak mengurangkan penyakit gout. Pastu my BIL pun ceritalah pasal blood pressure dia semua.
So akak anak pakcik neighbor sebelah tu umurnya tua sikit kot dari my hubby, citerlah yang satu hari tu masa dia kerja kepala dia pening sangat. Akak ni dia kerja kilang apa ntah idaklah I tanya pulak, kerjanya kena mengadap mesin for 8 hours. So dia katalah everytime mesin tu hentak...dum...kepala dia pun rasa sakit....imagine for 8 hours berapa ratus kalilah agaknya mesin tu duk berketuk.
So lepas habis shift 8 jam dia, dah tak tahan sangat agaknya dia pening kepala. Dia pergilah klinik. Doktor ambik pressure dia...masyaallah dah naik sampai 200. Dan-dan doktor kata nak call ambulan time tu jugak nak bawak dia pergi hospital. Tapi akak tu tak nak....merayu-rayulah dia dengan doktor jangan bawak dia pergi hospital. So doktor tu agaknya lepas akak tu merayu-rayu dia pun suruh akak tu duduk diam-diam for half an hour. Kalau BP tak turun jugak memang sahlah akak tu kena bawak pergi hospital jugak. Nasib baiklah tak jadi apa-apa kat tempat kerja.
So if you feel dizzy cepat-cepatlah pergi check doktor takut BP naik macam kes I hari tu....
Kepala I pening sangat, rupanya BP I dah naik sampai 140...
No comments:
Post a Comment