Monday, January 24, 2011

Nasi Arab Kota Damansara

Dah pukul 4 baru habis audition, mau semua lapar lepas tu. So marilah kita cari makan pulak.

Tapi sebelum tu let me show you how the radio konti looks like (pada sesapa yang tak pernah tengok lagilah).


ni konti radio Cina...tak tau radio apa

ni pulak konti hot.fm tapi Kieran and the gang tak ada.
Tak taulah pulak DJ mana yang dalam konti tu.
I selalu dengar Hot.FM pun time Fafau, AG dengan Faizal jer early in the morning & time Kieran adinda kekanda petang-petang tu. Habis kerja balik rumah dah tak dengar dah radio.

tengoklah anak sapalah rupa tu...isyk...isykk..

Letih jugak fikir mana nak makan. So kita pusing-pusing area rumah kita jerlah.
So I suggested that we try Nasi Arab.
Nasi Arab ni berdepan dengan Giant Kota Damansara tak jauh dari Sekinchan Ikan Bakar.

First time makan kat sini so macam tak tau nak order apa.



end up kami order kebab daging. Tak ambik gambarlah pulak...lupa. Tapi sedapppp.
Ni pulak nasi herba dengan kambing size kecik. Tapi size kecik pun boleh makan 2 orang.
Kambing dia sedap, lerai-lerai dagingnya. Tetiba rindu nak makan kat Tarbush....

Rate overall...ok...ok jerlah Nasi Arab ni to me lah ya. Lain orang lain seleranya.

Fuhh mata mengantuknya. Pagi semalam haru betullah.....I bukak-bukak mata terus nampak jam pukul 7.30pagi. Apalagi melompatlah atas katil sebab dah terang and I ingat I dah lambat pergi kerja dan budak-budak lambat pergi sekolah. Sekali hari Ahad daaaaa.....buat suspen jer.

2 comments:

Amiey said...

waaaah! mcm sedap je nasi arab tuh~
tak sbr nyer nak mkn.. lecture kami dare kami satu kelas.. if kami satu kelas dpt A+ dlm subjek usul feqh beliau..beliau akn wat kenduri kat nasi arab damansara tuh... argh~ tak sgbrnyer......

Pink Mama said...

wahhh apa lagi dik....belajar ramai2 rajin2 =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin