Tuesday, January 4, 2011

Start sekolah dan start kerja

Baru habis mengadap spreadsheet kerja.....stiff neck jadinya sebab mengadap dari pagi. La ni baru berkesempatan nak menghupdatekan blog. Semalam pun seharian lari sana sini. Mau taknya 1st dah of school loceng jam 5.50am dah berbunyi. Itu pun dah snooze sekali tu. Pukul 6 bunyi lagi, dengar bunyi azan dari masjid. Lelap kejap sementara tunggu orang habis azan. Pastu melompat katillah jawapnya.

3 different school tahun ni kena hantar. Semua dalam kawasan perumahan yang sama tapi jarak antara satu sama lain, jauh-jauh jugaklah. Sekolah Adiklah yang paling sesak semalam. Ialah dengan mak bapak yang menghantar anak masuk darjah satu punyalah ramai. Eh semalam I nampak Melissa Saila hantar anak dia masuk darjah satu kat sekolah Adik. My sister kata kawan dia bergasak mengambik gambar dengan Amy Search yang hantar anak masuk darjah satu jugak semalam. Wah ramai artis hantar anak masuk sekolah sama dengan Adik ni.

Semalam sempat lagi sementara tunggu budak-budak balik sekolah tu sempat lari pergi bank di Jalan Ipoh. Ambik surat untuk bayaran perumahan bulanan withdraw EPF. Lari pulak lepas tu pergi EPF. Nasib baiklah EPF sekarang dah efficient gila so tak payah menunggu lama.

Yuran sekolah Kakak dah bayar. Melayang jugaklah almost RM200. Adik punya hari Jumaat ni baru cikgu announce berapa RM kena bayar. Isykk buat rugi jer coti. Ingat nak settlekan semalam semua yuran. Abang punya pun tak tahu lagi berapa kena bayar. Tapi Abang dah besar dah masuk form 2 pun. Nanti bagi jer duit kat dia, dia bayar sendirilah.



Budak kecik ni beria-ia suruh Mama Ayah dia datang jugak time rehat semalam. Melekat jer time rehat dengan kami.

Semalam ada gak drama tangis-tangisan ni. Tapi yang peliknya, bukan budak perempuan yang menangis....yang jantan yang kuat menangis lagi. I ingat lagi time Abang masuk darjah satu dulu, ada budak dalam kelas dia sebulan...hari-hari menangis dalam kelas. Pastu mak atau bapak dia kena duduk kat tepi tingkap pegang tangan dia. Haru!

Pagi ni datang kerja dengan hati berbelah bagi. Rasa macam tak ada semangat nak kerja....sah-sah ler dengan bonus dan increment yang langsung tak memuaskan hati. Pastu cuti 2 minggu...memang liatlah nak mulakan kerja hari ni.

Wahhhh penuh meja dengan kertas report, envelope tapi....




dapat hadiah, corporate giveaway from MAS. Thank you IR MAS.

Thank you...thank you...tocher.....


Dapat hadiah tahun baru dari MAS terus ceria I hahaha.....

I lap you lah MAS.......AirAsia tak nak bagi ai hadiah jugak ker.... =P

2 comments:

mar!ahaf!z said...

tahun ni takde dapat pape :( boring betul!

Pink Mama said...

Akak ni pun nasib baik ada org nak bagi calendar

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin