Thursday, December 30, 2010

Musim poket parents bocor

Sebenarnya Akak korang ni…..(ehh tetiba Akak ya. Ialah Akak ler…anak bongsu pun dah lapan tahun semalam sobs…..) kena pergi kerja besok tapi sebab team Harimau Malaya cemerlang semalam (bagi chance ler cemerlang walaupun korang bagi 2 bijik bola kat Indon tu) PM bagi cuti on 31st December. Wah panjang cuti Akak tahun ni dari Rabu minggu lepas sampai Isnin depan. Kira cepat berapa hari….13 hari tu campur Sabtu Ahad. Tengoklah nanti mesti liat nak kerja balik.

Terima kasih PM….terima kasih Harimau Malaya…. (PM kena dahulukan sebab kalau menang pun tapi PM tak bagi cuti tak leh jugakkan). PM, kalau Datuk Nicole menang lagi boleh tak umumkan cuti jugak sebab Datuk Nicole lagi menang tahap dunia tu…best in the world. Mesti Datuk Nicole David cakap, aku menang korang tak nak pulak bagi public holiday.
Dah merepek dah pasal cuti pulak, sebenarnya nak cerita pasal kalau bulan Disember jer siaplah poket mak bapak kena seluk korek dalam-dalam sebab belanja nak bukak sekolah kena spend banyak.

Buku sekolah si kenit sorang tu jer yang nak masuk darjah tiga dum dam…dum…dam….buku latihan …buku tulis…..RM99.40. Apasal tak cukupkan jer RM100 tak payah pulang balance duit. Bayangkan tu tak payah beli buku teks, dulu kalau kena beli buku teks sah-sah ler RM200++. Tu sorang, ni ada 3 orang yang sekolah. Kalau mak bapak berkemampuan ok lagi, kalau yang gaji kecik tu, ntahlah.

Beli kasut budak bertiga tu dua pasang sorang + stokin habis RM180. See kasut jer tu…….tu belum baju sekolah lagi. Oleh itu ibu bapa sekelian, bajetlah sebijak-bijaknya.


IMG_3476[1]

Korang okay lagilah agaknya, Akak ko ni bulan Disember ada 2 birthday penting yang selang sehari jer pulak tu……..lagi bertambah kopak *sobs*.

2 comments:

Yatie said...

memang kopak pun bulan doblas dgn bulan satu nih...
sawanila.com

Pink Mama said...

Yatie, samalah kita :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin