Thursday, May 17, 2012

Hari panas hati panas


Hari panas ni senang aja bikin hati sama panas. Memang nak naik darah jerlah 2 - 3 hari ni. Nak PMS pun iya kot.

Tapi kalau orang tak provoke takkan kita nak marah tak pasal-pasalkan.

Macam time lunch tadi.

Tengok lauk menyelerakan. Banyak sungguh lauk di Sambal Hijau sama banyak dengan manusia yang makan lunch situ.

I pergi lunch dengan Adik dan ayah dia. Alhamdulillah ada tempat duduk masa kami sampai sebab Sambal Hijau ni kalau time lunch memang payah nak dapat seat. Kalau tak memang kena tunggu lama sikitlah sampai ada orang yang beredar.

Datanglah 5 hamba Allah ni tapi seat sebelah kami 4 jer yang kosong. So maknanya one of them tak dapat duduk. Kita sampai dulu kita ambik lauk, kita makanlahkan. Sekali ada pulak mulut cabul antara berempat yang dapat tempat duduk tu macam sound kat my husband suruh makan cepat sikit. Pastu minah yang duduk sebelah itu tak makan-makan sebab menunggu nak makan sekali dengan member yang tak dapat duduk lagi tu dengan harapan I blah cepat.

Panasnyaaaaaaa hati I. Janganlah kurang ajar sangat. Kalau kau rasa kau nak duduk semeja beramai-ramai dengan kawan-kawan kau lain kali pergi book meja ataupun kau pergi restoran yang kosong so korang boleh tunggang terbalik berlima kat situ.

Silap ler korang sebab I ni very vocal. "Makan jerlah yang kau nak tunggu sampai orang blah buat apa". Ha ...kan dah kena sound.

Lepas tu barulah nampak minah-minah tu suap makanan kat mulut. Itupun mata duk tengok-tengok meja kita. Yang kawan jantan korang tu pun tak reti-reti nak duduk meja lain. Apa ...jadi batu ke makan sorang-sorang.

Sebelum I melangkah pergi buat bayaran, I sempat sound lagi. " Lainkali book table kalau nak duduk ramai-ramai". Harap-harap derang dengarlah sebab hatiku sakit!

Dahlah kawan kau langgar kepala aku, tak cakap sorry pun. Pantang tok nenek aku!


lauk sedap tapi kalau dah duduk sebelah manusia kurang ajar terus jadi tak sedap!




hilang mood walaupun air teh laici sedap!


ehh tadikan ada uncle jual aiskrim and jajan lalu depan rumah my mother. Terimbau kenangan lama you sebab most of the jajan is jajan zaman I kecik-kecik.

Orang kata orang yang cepat marah ni sembahyangnya tak kusyuk maknanya I kena berusaha untuk lebih kusyuk time solat. Block all the noises tapi solat kat surau pun orang bising sembang. So camner tu?




4 comments:

CikLily Putih said...

sabo ek.. ada hikmahnya tuh

Pink Mama said...

yelah insyaallah adalah hikmahnya tu CikLily Putih =)

empress_azalea said...

hello, kak..bravolah akak..i wish i ada kekuatan nak sound org macam akak..slalunya i ngomel kat dalam hati, dalam kete, semua dalaman je laa..huhu

Pink Mama said...

Empress_azalea, kalau orang baik dengan dengan kita takkan kita nak kurang ajarkan. Tapi kalau dah melampau sangat memang nak kena soundlah. (Pastu nak PMS lagilah cepat nak marah hehehe)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin