Friday, April 15, 2011

Nafsu gajah agaknya....

Tujuan asal ke 1U hari ini ialah untuk membayar bil telefon Maxis. Habis bayar bill Maxis mulalah gatal kaki tu nak menyinggah sana sini. Bahaya sungguhlah bila office sebelah 1U ni.
First stop beli buah. Selesai beli buah singgah gerai majalah....fine tak beli apa-apa majalah sebab fikir dah tengah bulan rugi beli majalah.

Nampak McDonald pulak....singgah. Beli Chicken McNugget walaupun tahu kat atas meja dalam ofis ada laksa Johor tapau pagi tadi. Betullah cakap orang, kalau perut lapar tu janganlah keluar shopping....bahaya. Keluar semua nafsu serakah.

Lalu depan Supermarket, hmmm...menyinggahlah jugak. Niat hati nak beli susu pekat saja last-last tengoklah sendiri apa yang terbeli sekali.

coklat Kit Kat (fikir anak-anak suka Kit Kat ni), M&M (tu sendiri gatal ikut nafsu),dentin, clorets, kopi Aik Cheong sepeket (tu untuk stok minum kat ofis....sedap)
dan tujuan asal 2 tin susu pekat.

Nampak tak pattern nafsu serakah dah keluar......mana nak hilang 5kg macam ni?



my lunch tapau pagi tadi dari restoran Puteri. Menangis sedap. Nak kena belajarlah buat laksa Johor ni. Ada tak orang Johor nak ajar?
Nampak tak kat belakang tu mcDonald dengan buah mangga.....
salahkan ekon ofis lagi...sejuk sangat jadinya perut cepat lapar.

3 comments:

zatil said...

hehehe...tak lah PM, gajah x mau chewing gum or kopi tu..

I pon gitu, kekdg 1-2 days dlm sebulan tu mmg selera je..

Nadiah said...

Nafsu gajah I lagi teruk...semua nak benda manis saja.
Tah berapa ribu calorie I telan tiap2 hari.

Pink Mama said...

hehehe....dia kadang2 jer selera besar ni datang =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin