Saya dah menggunakan product Dermedex DD Cream ni for few months. Rasanya dah lebih 6 bulan tapi still tak habis-habis lagi 40ml. Bought it at tempat I did my facials in TTDI. Beautician yang suggestkan guna product ni instead of bedak biasa sebab dia kata bedak biasa boleh clogkan pores kita.
So sejak I menggunakan DD Cream ni, banyaklah orang kata perubahan pada my skin and complexion. Nampak macam basah dan fresh sentiasa walaupun dah seharian pakai. Sampai ada yang tanya dan pesan nak beli. Unfortunately sampai sekarang my DD Cream ni tak habis lagi, so idaklah teman ke tempat facial tu. Lama tu tak buat facial, malas punya pasalkan.
DD Cream ni sebenarnya BB cream. So last friday saja jerlah masuk Guardian promo kat tengah-tengah old wings One Utama tu. Maybelline ada jual BB cream. Harga asal RM22+ tapi pasal ada promo harga jadi RM19+. Beli pun pasal gatal nak notebook warna pink....hehehehe.
So lepas memakai Maybelline BB Cream. Verdictnya adalah DD Cream Dermadex adalah lebih best sebab texturenya adalah lebih pekat. Pakai 3-4 dot kat muka dah boleh cover satu muka. Sedangkan Maybelline punya lebih cair so kena guna lebih sikit untuk mencapai effect yang sama.
Tapi adik-adik, harga Dermadex ni RM136 kalau tak silap ler. So silalah pilih sendiri.
muka sapu DD Cream Dermadex sahaja.
2 comments:
Mama Pink,
Kalau sudah pakai BB cream ni tak payah pakai foundation lagi ke?
How about colour? It's they have few tone?
Which salon at TTDI tu yer?If you don't mind to share with me.
I tak pakai dah sebab beautician tu cakap just apply that only. Ada satu tone jer kalau tak silap. Dia absorb ikut skin tone kita.
Salon dia atas kedai ubat cina sebaris dengan Popeye or Alliance Bank TTDI. I tak ingatlah pulak nama salon tu.
Post a Comment