keciknya gambar macam tak ikhlas jer nak letak. Tu gambar I masa form 4.
I don't know why cikgu lantik saya jadi pengawas masa sekolah menengah dulu. Mungkin sebab I have the ciri-ciri pemimpin ...perasan kejap. Atau sebab cikgu tengok tak ada calon lain yang berkaliber dalam my class. Atau pun dengan melantik saya jadi pengawas senang sikit cikgu nak buli buat kerja-kerja remeh macam angkat buku latihan ke bilik guru atau jadi tukang salin soalan latihan atau rujukan kat papan hitam sebab cikgu pendek tak sampai cikgu penat nak tulis panjang-panjang. Last-last tukang tulis ni kena buat double kerja sebab kena salin balik dalam buku latihan sendiri.
Satu insiden yang tak dapat lupa sampai sekarang ialah ponteng kelas. I mengaku walaupun I pengawas tapi nakal jugak. Nakal lite-lite...ehehehe.
Kitaorang hari tu ada latihan sukan atau meeting kelab sukan. So semua AJK persatuan diexcuse dari masuk kelas selagi tak habis meeting. Tengok-tengok meeting habis cepat, kitaorang ni semua pun mengelatlah dari masuk ke lab biologi. Semua pakat lepak dalam kelas jer. Sekali cikgu bio sudah taulah yang kitaorang ponteng kelas biologi dia. Dia datang dengan rotan sergah kitaorang. Dia bukak pintu belakang, kitaorang lari pintu depan. Berterabur semua lari. Pokok pagar yang tinggi tu pun rasa rendah jer lompat. Nasib baik tak koyak kain...dah rupa Rabuan Pit semua lari masuk kelas biologi.
Member lain dalam lab semua pakat gelak....ni mesti kerja derang ni report kat Cikgu.
Anyway, to all my Cikgus....
TERIMA KASIH CIKGU
kalau cikgu tak paksa saya salin latihan kat papan hitam dan kejar saya dengan rotan, tak tau lah apa jadi dengan saya sekarang.
No comments:
Post a Comment