Wednesday, May 12, 2010

It's never too late I guess

Sebak pulak membaca post Leeds kali ni.
Takziah atas pemergian ibu mertua tercinta.
I understand her feeling and her husband's feeling. Mungkin ada yang tak tau, I just lost my own MIL last January.

2-3 hari sebelum pemergian mengejut MIL, hubby ada jumpa ibunya. Mak ada bekalkan rendang daging buat hubby. Sebab dia tau yang hubby suka makan rendang daging masakannya.

Rendang daging tu sampai sekarang masih ada lagi atas dapur I. Imagine dah berapa bulan rendang daging tu. Masih ada sisa lagi. Tak sampai hati nak buang. Selagi hubby tak buang, I takkan buang sebab mungkin he is still holding on to the last memory of his mother. Alahai sebaklah pulak sambil menaip post ni.

My MIL was the 'sempoi'est person I've ever met. Paling I suka dengan arwah is gossip session. Paling dia suka mengutuk anak-anak dia to me.....kadang-kadang lawak pun ada. Even kadang-kadang my hubby anak dia sendiri pun tak tahu gossip-gossip yang cerita kat I. Mungkin pasal semua anak arwah lelaki, so bila ada menantu perempuan adalah kawan nak bersembang gossip sakan.

My MIL tu pulak bangsa kalau tau yang kami nak datang rumah dia, penuh satu safrah tu dia masak. Tak makan kami atas meja sebab tak muat meja....banyak sangat lauk yang dimasaknya. Tu yang kadang-kadang datang unannounce sebab  tak nakmenyusahkan dia masak jer. Arwah memang orang yang tak pernah kedekut tentang duit dan makanan. Selagi ada rezeki lebih, insyaallah kami semua akan merasa bersama-sama. My kids will especially miss their Nenek time rasa sebab arwah time raya memang cucu-cucunya mewah dengan duit raya. Tak pernah kurang dalam angpow peket tu RM100 sorang.

Arwah selalu cakap yang dia tak nak menyusahkan anak-anak. Kalau boleh biar dia pergi dalam keadaan yang tak menyusahkan orang. Sampai hajat dia, dia pergi seorang tanpa menyusahkan orang lain.

*Sebak*

To my mother,

Ma, Selamat Hari Ibu. Along tau Angah dah belanja Mama makan Sabtu lepas. Hujung minggu ni nanti Along belanja Mama makan pulak ya, Insyaallah.

Selagi Mama ada ni, Mama cakaplah Mama nak apa, nak pergi mana Along akan cuba tunaikan. Sorry Ma, Along tak beli lagi blusher Mama tu. Nanti Along belikan ya....ni lah dia anak yang suka bertangguh kerja ni. (Tetiba teringat yang hubby selalu cakap nak bawak arwah mak dia makan seafood kat Kelang. Sampai sudah tak tertunai sebab asyik bertangguh. I know he still ada regret sebab tak dapat tunaikan hajat tu).


It's never too late to say "Selamat Hari Ibu" to all rite


*Sebak* 


Tetiba pulak hari ni melankolik semacam. Lebih-lebih lagi bila ada orang tu cerita yang on mother's day dia hug ibu dia....memang anak manja sungguh =)


 

3 comments:

Drama Mama said...

sebak jugak baca entry leeds tu. :-(

Pink Mama said...

kan...sebak ...sob

Leeds Al-Malique said...

Alfatihah untuk arwah MIL akak.. yang pergi tetap akan pergi kan, tapi memang sebak la bila mengenang :(

Btw, leed baru baca entry akak pasal husband akak terkena api tu... ohh sangat mengimbau memori, actually sampai sekarang leed phobia bab-bab api ni. My left hand still berparut sebelah, terbakar, kat dapur jugak :(
Hope husband akak cpt sembuh.. kat bekas-bekas terbakar tu nanti rajin2 tenyeh kulit pisang. Leed dulu malas, sampai skang berparut huhuu :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin