Wednesday, March 14, 2012

Majlis nikah dan kenduri kahwin

Hari ni free sikit. Lagi pun besok dan Jumaat dah apply annual leave. Lega sungguh dapat lari dari ofis ni. Suhu aircond dah macam duduk kat kutub utara....sejuknya masyaallah. Dahlah aircond office bangsa centralized tak boleh nak naikkan temperature. Alamatnya semua orang berbungkus kat ofis ni.

Since free sikit ni, bolehlah nak mengupdate blog. Itu pun story 2 minggu lepas masa attend kenduri kahwin anak buah.

Dapat jemputan untuk majlis nikah. Tak sangkalah pulak kena naik atas pelamin jugak teman pengantin....darah gemuruh ai. Hahaha...macam dia pulak yang nak menikah. Nasib baiklah baju cun sikit kalau tak mau selebet jer nanti dalam gambar kahwin orang. Lain kali sesapa nak suruh I jadi pengapit sila bagi warning dulu ya...I pun bukan betul kot dibuatnya mood pakai selebet jer nanti spoil jadinya.


bapak pengantin lelaki berbalas pantun nak tukar barang hantaran.
mak aihh mahal naa sekarang hantaran. Kalau tak RM15k tak on ya.
Nak kena suruh anak lelaki menabung dari sekarang....sehari RM1, setahun dah RM365...hehehe. Macam tu 10 tahun lagi pun tak cukup duit nak meminang anak dara orang.



kita duk tepi pelamin jer asalnya...sekali kena duduk sekali atas pelamin >.<


adat orang Melaka kalau kenduri kahwin mesti ada bunga api.
Joget lambak pun ada malam tu tapi I dah balik awal sebab penat sungguh Sabtu tu dengan siang anak sekolah pastu kena attend training kat ofis lagi.


 
 


pengantin berarak berinai lepas nikah


pelamin pengantin kat luar rumah. Nasib baiklah tak hujan.





lawa pintu gerbang.
Hari biasa tak ada pintu gerbang ni kalau tak nanti kereta tak boleh masuk parking depan rumah.

The next day pulak kenduri. Haruslah kena datang lagi.

meja VIP kita depan pelamin


 orang merhaban didatangkan khas dari Melaka. Sedap sungguh dengar alunan suara mereka ni. Siap dengan gendang bagai.



meja dessert.
Mak pengantin kata untuk kelainan instead of ABC, mereka jamu orang dengan air tebu fresh. Siap ada mesin perah tebu lagi.


pengantin potong kek. Tak senonohkan ambik gambar orang dari belakang. Nak buat macamana kat depan tu penuh dengan papparazzi photographers




me and my busyuk nephew....manja dengan Mama Long dia.




best friends cousin dua orang ni.
 
 
Lega minggu ni free dari weddings invitation sebab minggu ni nak relax-relax kat rumah jer.
 
 
 
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

0 sweeties said what's on their mind:

Blog Widget by LinkWithin
 
design by suckmylolly.com