Thursday, March 29, 2012

Lasagna, BK and about forgetting


Pagi tadi breakfast dah makan soto semangkuk tapi ntah apasal pukul 11 lebih macam tu lapar sangat balik.

So tengahari tadi pergi makan kat Food Republic new wing One Utama.

Tekak kekonon nak makan western.Wah ada lasagna...lama dah tak makan lasagna. So marilah kita order lasagna.



nampak macam sedapkan.
Hmmm...jangan terpedaya...tak sedap!
Dahlah sejuk pastu daging pun tak banyak. Harap kuah tu jer yang panas sikit.
Not recommended kalau nak beli.


Makan separuh jer pastu terus tolak tepi. Nasib baiklah ada orang lain tukang habis.

 Disebabkan lasagna tak sedap, so singgah Burger King beli Whopper Jr.
Ehh...Burger King One Utama ni dah berubah wajah.
Nampak macam target market derang dah berubah to orang bekerja instead of budak-budak.


Kaunter order pun dah berubah


tempat duduk pun dah tukar more to restaurant style. So adult boleh duduk makan-makan sambil sembang-sembang dan diskusi.


Pintu masuk pun dah macam restoran.

Elok jer keluar dari Burger King ni boleh pulak ternampak my sister. Perempuan tu sepatutnya cover event kat Celebrity Fitness tapi event push to 2.30pm. So melangutlah minah tu kat keluar luar CF.

Funny thing happen today. Actually my parents are out of town till Sunday. Depa pergi makan angin jalan-jalan to Cambodia. So selalunya my father yang pick up my daughter from school.
I punya happy berjalan dalam One Utama tu siap masuk Tangs semua. Cikgu call kata tak ada orang pick up my daughter from school.

*tepuk kepala*

Aiyoo.....anak sendiri pun boleh lupa. Apalagi teruslah zass pergi sekolah. Nasib baiklah ada lagi cikgu dan budak-budak lain. Sorry Kakak.


2 comments:

Alin Marlini said...

memang dah cantik OU sekarang cuma tak brp cuka ngan JJ baru sb dah takder baju yg murah2..hehehhe

Pink Mama said...

Baju Jusco dah tak ada yang best2 sekarang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin