Tuesday, July 19, 2011

Durian

Hari-hari lalu tepi gerai durian tapi selalu tak berjaya singgah sebab boss rumah tak suka
durian =(

Rugi sungguh. Pelik pun ada sebab arwah MIL dulu berniaga durian, sekali anak dengan cucu tak minat makan durian. Tskk..tskk...rugi
Dulu I sorang boleh ngadap 2-3 bijik tapi sekarang dah slow down sikit.

Malam tadi lepas buat muka kesian berjaya jugaklah memujuk boss rumah untuk bawak I pergi gerai durian. YAYYYYYY!!!!

Ramai orang walaupun malam. Makan durian malamlah bestkan...tak panas


pilih...pilih yang mana nak

budak ni bukannya makan durian pun. Suruh rasa sikit pun dah cebik.

Budak ni jugak dengan Mama dia yang balun sebijik durian XO
Pahit + manis.....sedap

Kami dua orang jer yang makan. Sebijik durian tu banyak ulas. Puas hatilah bayar RM9 untuk sebijik durian tu. Ada tempat buat durian buffetkan. Kalau macam tu lagilah puas makan. Tapi I lepas 5 ulas cukup dah kot. Sampai hari ni duk rasa lagi durian kat lidah.

Balik rumah, Abang boleh tau yang kitaorang makan durian sebab bau durian melekat. Tu sorang lagi yang tak suka durian. Isy...rugi betullah kalau tak makan durian.

So any of you dislike durian?



2 comments:

Cikidong said...

selalu tengok je gerai durian ni.. belum sempat menyinggah lagi.. takut harga sebiji rm90 gulp!

Pink Mama said...

hehehe...taklah paling mahal pun RM25 kot =)

Sebelum kopek suruh dia timbang dulu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin