Thursday, May 26, 2011

Asam pedas Mimpi Muor

Betul Muor dan bukan Muar. Kalau tak percaya tengok sendiri signboardnya.
Muor kan =)

Dah lama dah sebenarnya dengar kawan-kawan raving about kedai asam pedas ni. Hari tu baru berkesempatan pergi merasa.

Lokasi kedai adalah di Mutiara Damansara. Berdekatan dengan Balai Polis Mutiara Damansara.

Kalau lunch ada macam-macam choice asam pedas. Asam pedas ikan pari, ikan jenahak dan macam-macam lagilah sampai tak ingat. Dan jugak lauk pauk nasi campur yang lain.
Pilih sajalah ikan mana yang berkenan ditekak.


My choice was asam pedas ikan pari. Senang nak makan tak banyak tulang





ni partner saya yang makan....ikan apa ni ehh tak ingatlah.

Memang berpeluh kami makan tapi asam pedasnya tak pedas langsunglah. Agaknya berapa kilo gula ditambah supaya tak pedas.Tak kick bagi orang yang berdarah Melaka ni.
Saya masak asam pedas lagi sedap (masuk bakul angkat sendiri hehehe).
Tapi selera masing-masinglahkan ada orang tak suka makan pedas. Ada orang kena ada cili padi pedas gedegang baru kick. Tapi kalau tekak I, asam pedas kenalah pedas.....baru syiok.

Harga...alamak sorry lupa dik sebab yang tukang bayarnya orang lain =)

Selain dari asam pedas, their specialty is Mee Bandung Muor.


4 comments:

CikLilyPutih said...

asam pedas haruslah pedas kan bukannya manis, apalah diorg ni kan

Pink Mama said...

Asam pedas patutnya pedaskan =)

pinky said...

masa kuar JJCM rasa jam jam tu gak nak makan...tp lepas baca review ni...huhuhu rasa lemah pula..

Pink Mama said...

Alamak Pinky, janganlah macam tu. Tekak Akak jer kot yang tak rasa pedas =) Pergi try nanti ya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin