Tuesday, September 28, 2010

Perjumpaan setahun sekali

Pagi ni ntah kenapa mata mengantuk tak hingat sedangkan malam tadi tido awal jugak dalam pukul 10 lebih macam tu sebab temankan si kecik tido. Kalau dia tak tido awal susah benar nak suruh bangun pagi pergi sekolah. Pagi tadi dia siap berguling atas lantai sambung tido sampaikan ayah dia kena simbah dia dengan air. Tak berjaya jugak, ayah dia terus angkat dia pergi bilik air jirus badan dia dengan air still berbaju. Sadis betullah ayah dia pun.

Anyway, sebenarnya nak cerita pasal perjumpa wajib I setahun sekali dengan rakan-rakan segossipan. Jumpa setahun sekali sebab adik sorang tu duduk jauh dibumi arab sana. Balik pun setahun sekali jer. Tu pun musim raya jer dapat jumpa dia sebab dia balik cuti lama sikit

I siap ambik half day sebab nak berlepakan dengan derang ni. Bagus tak I punya suggestion jumpa kat One Utama jer....motifff sebab office sebelah One Utama.

Kalau dah  jumpa tu jangan haraplah sejam jer, mesti berejam-rejam punya sebab panjang gossipnya. Ialah nak cover setahun punya ceritakan. Dari Dave Deli siap pindah ke Starbuck sebab nak gossip sakan.


macam adik beradik dah rupanya

mak ajjah ni cerita experience dia kat Mekah mengerjakan haji. Pengajaran tu....ingat pergi kerjakan ibadah sementara muda sebab pergi Haji ni memerlukan mentakl dan fizikal yang sihat. Ialah almaklumlah manusia berjuta-juta kat tanah suci tu so macam-macam ragam manusia.


dah rupa macam ambik gambar dengan anak patung. Dah ler tu selim bangat...ni yang nak nangis tu. Rasa macam gajah pulak duduk sebelah Esza ni

kalau duduk dengan derang ni tak sah kalau tak gelak sampai keluar air mata. Ada jer tau

the four of us =)

OMG...I look like a giant. Ni yang malas nak diri sebelah orang kurus-kurus ni =P

I wonder when we're in our 40's and 50's will we still be this cuckoo kalau jumpa each other. Perangai tak berubah semua.

Terima kasih ya Esza sebab bagi perfume dari Arab nun....jauh mai naik kapal terbang tu.

Insyaallah tahun depan kita buat perjumpaan lagi ya, dah rupa macam mesyuarat agunglah pulak. =)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin