Wednesday, September 15, 2010

Fashion-fashion tudung hari raya Pink Mama

Hari ni sempena raya yang ke (jap kena kira dulu) 6, PM nak tunjuklah fashion-fashion tudung sempena hari raya ni.

Semua tudung-tudung I tak ada harga melebihi RM20. Semua tudung-tudung murah saja.I tak memilih bab membeli tudung. Asalkan lawa dan sedap dipakai kira okay dah.

Hari raya pertama, disebabkan baju raya warna purple maka tudungnya pun warna yang sama jugaklah walaupun a bit darker.

Tudung ni beli kat warehouse tudung kat Kompleks Campbell. Harganya RM15, tudung dengan anak tudung yang cover leher sekali tu. Tudung kain lembut ada sequine atas kepala.






Raya kedua pulak tudung warna putih ada tessel-tessel. Ntah ler apa ntah nama tudung ni.
My cousin duk sibuk kata dia rimas sebab tengok ada tessel-tessel ni semua. Dipakai dengan anak tudung syria 3 tone.



Raya ke 6, disebabkan ada jamuan hari raya dekat office hari ni baju kurung cotton baru putih bunga hotam disarung. Makanya pakai tudung selendang two tone kaler kelabu dengan putih.
Ini pun seksa duk belajar kat youtube dengan adik-adik yang cantik manis. Selendang ni beli kat kompleks campbell sama tempat dengan beli tudung purple tu. Harga RM10 saja.



tudung ala-ala Yuna/ Siti Nurhalizalah ni.

Kambing bakat kat verandah office dah berbau tu...babai semua orang.

Selamat bercuti besok. Happy Malaysia Day All.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin