Tuesday, September 14, 2010

Juadah pagi Raya

Tak teringat pun sebenarnya nak ambik gambar juadah pagi raya. Mana taknya, sampai-sampai jer rumah my mom terus terkam meja makan kat dapur tu (exaggeratelah tu...ialah lepas salam mak pak semualah).

Half way melantak dengan jayanya baru teringat nak ambik gambar....ialah almaklumlah jumpa sambal udang feberet. Makan dah tak pandang kiri kanan macam tak jumpa nasi sebulan.

Pagi raya tu, my mom masak ketupat segera ( sapa nak menganyam ketupat daun, I sah2 ler fail bab tu), sambal udang feberet anakanda terchenta, rendang daging (I tak suka yang campur-campur punya...nasib baiklah bonda memahami) dengan kuah kacang. Semalamnya my cousin hantar lemang cikgu yang femes kat TTDI tu. Lembut lemak lemang cikgu tu.


































Kalau gambar blur dan tak lawa tu, sah-sah ler bukan I yang ambik. Anakanda lelakiku jugak yang menangkap gambar sebab Mama dia makan dah tak ingat orang sekeliling. Pekena dengan teh susu mak I, memang terbaiklah. Mak orang lain masak tak boleh lawanlah.

Patutlah kalau I masak kat rumah tu, anak-anak memuji melambung-lambung. Mak masak tak sesedap Chef Wan masak pun masakan emak sendiri still the bestkan sebab kena dengan selera kita.

So apa juadah pagi raya korang?

3 comments:

Nana said...

woish! sedapnye!! best dapat makan masakan mak. For me is masakan Abah! hehe my dad is the main cook in the house. Dia masak seedaapp! rindu sangat!

Pink Mama said...

wahh terrer your dad masak. Kalau my father, masak air pun tak reti tu =)

mizz sue said...

blog yg menarik!
jemput join http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/09/peraduan-memori-di-pagi-raya.html

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin