Raya keempat dah kita, cepatnya masa berlalu. Rindunya dengan Ramadhan.
Kalau nak update pasal persediaan Syawal aci tak walaupun dah raya keempat. Hari tu tak sempat update sebab sibuk sangat. Hari Khamis baru sempat cuti. Mulalah terkejar-kejar nak buat macam-macam.
Baru nak basuh balang kuih raya dan isi kuih raya dalam balang. Time tulah nak kemas rumah semua. Dahlah buat haru sebab malm sebelum tu tido pukul 3 pagi, lepas tu makan ubat allergy, makanya bila hubby kejut sahur pukul 4.30 pagi memang tak sedar langsung. Dia kata dia dah kejut, pastu I yang tak nak bangun makan. Ehh ntah bila yang dia kejutnya....tido mati agaknya hari tu. Makanya tak bersahurlah hari last puasa tu. Alhamdulillah ada tenaga nak buat kerja rumah semua.
Balang baru ni beli dekat kedai kat Ikano yang depan Harvey Norman tu. Murah jer balang ni. Yang pendek tu RM7.99 dan yang besar tu RM10 rasanya kalau tak silaplah.
Nasib baik ada anak dara tolong isikan kuih raya. |
Kuih cornflakes rasanya tiap-tiap tahun ada Selalunya tahun-tahun yang lepas eve of Syawal tu, kami mesti ada dekat Gombak rumah my MIL sebab tiap-tiap tahun ada orang datang takbir dekat rumah my MIL. Tapi tahun ni tak ada lagi ke rumah my MIL tapi kami ke pusara dia petang Khamis tu. Lepas ke kubur, hubby kerajinan nak membeli lemang Pak Ali. Dulu ingat lagi malam-malam raya beratur membeli lemang Pak Ali, beratur panjang tu. Tapi worth itlah sebab lemang dia lembutkan. Sekarang dia dah jual dekat rumah dia kat Keramat,kan. Kami memang dah plan awal-awal nak bukak puasa luar hari Khamis tu. Tempat yang paling senang nak cari tempat makan rasanya kat Kg. Bahru. Tapi disebabkan kegatalan nak pergi Keramat bagai,pastu pusing sana sini kat dalam Kg Bahru tu kami dapat makanan lambat untuk berbuka. Pukul 7 baru jumpa kedai yang berkenan. Sah-sah ler dapat makanan lambat. Air minum pun lambat dekat 10 minit lepas orang dah azan. Sabar jerlah, yang kesian anak-anaklah sebab lapar dan dahagakan. |
Sempat posing tengah Jalan TAR. Dahsyat derang ni meniaga sampai tepi jalan. |
Lautan manusia kat Jalan TAR. Ingatkan semua orang dah balik kampung rupanya tekaanku salah disitu. |
Balun habis-habisan derang ni meniaga. Sampai ke tepi-tepi kaki jalan dengan jalan derang meniaga. Tengok gambar kat bawah tu depan Globe tu penuh orang meniaga. |
2 comments:
hehehe kalau kat KL tu memang ritual I every year! mesti gi tawaf jalan tar tu! bukan nak beli apa sangat pun saje seronok finding bargains! I am such a bargain hunter I tell you hehehe! Mostly I cari baju budaklah and kuih raya and some delicious food!
Nanti bila I dah balik boleh kita sama2 hehehe ;D
Nana, boleh saja....jommmm
Post a Comment