Monday, September 20, 2010

Sawah dalam shopping mall

As most of you know, sapa yang baca my bloglah. I usually like to take pictures of the festive mall deco. Tak kiralah raya, Chinese New Year, Deepavali atau Christmas sekali pun sebab during festive season ni lah malls selalu letak deco yang menarik-menarik.

One Utama new wing selalu ada deco yang menarik. Kali ni konsep derang back to kampung kot sebab ada sawah padi, scarecrow (orang-orang ya?) dan pokok kelapa (ok..I just type kepala instead of kelapa tadi). Don't expect clear pictures sebab I didn't bring my kamera gadang instead I use my Sony Cyber-shot yang 7.2 megapixel sahaja. So kalau gambar kurang memuaskan maafkan saya.






my cinonet actually takut nak bergambar depan scarecrow ni tapi I paksa jugak =D






Dulu masa kecik-kecik ada try masuk dalam sawah tapi mendengarkan banyak pacat terus serik nak masuk sawah lagi. WhattodoItowngirl hehehe...

Kerja ya hari ni....boringkan...kepala pun ala-ala ting tong hari ni...

Saturday, September 18, 2010

Kasut raya

Itu kasut raya saya tahun ni. Kasut Vincci saja, bukan kasut berjenama.
Orang beli kasut raya, kita pun nak beli kasut raya. Last-last kasut raya ni tak berusik pun raya pertama, semalam baru berkesempatan pakai. 
Orang pakai kasut tinggi, kita pun nak pakai kasut tinggi. Semalam baru sedar kenapa dah lama tak pakai kasut tinggi. Ankle saya sakit bila pakai kasut tinggi sebab kesan terseliuh dua tahun lepas yang menyebabkan lebih 2 bulan kaki berankle brace dan kena pergi physioteraphy. 
Makanya, kasut simpan baliklah dalam kotak. Tunggu time berjalan keluar kereta masuk kereta dekat-dekat saja. Sebabnya kalau dipaksa jugak kaki pakai kasut tinggi mau terpelecok lagi sekali.

So kasut, duduk diam-diam dalam kotak ya. Kita tunggu function orang kawin dalam dewan sajalah ya baru saya pakai awak balik.

Hari ni perut meragam sebab makan macam-macam. Mungkin ini cara perut nak bagitau saya to slow down on the food...ouch...sakit perut!

Friday, September 17, 2010

Jamuah Hari Raya Office 2010

Apa ke mimpi ntah tahun ni tetiba bos nak mimpi nak buat jamuan raya tahun ni. Agaknya sebab pindah office baru tu yang boss bersemangat berjamuan raya bagai. Tapi yang penting kami dapat makan sambil bersosial.

Part yang semua orang excited kat office ni adalah...
taraaaaaa......

kambing golek

semua orang macam tak pernah makan kambing...excited terlebih sambil ada yang duk ngadap kambing kena golek. Caterer siap panggang kambing dekat verandah office tu. Nasib baik office baru ada verandah ala-ala garden gitu, kalau tak nak panggang kambing tang mana. Sekor kambing cost about RM850.

ABC counter pun ada...syok tapi dapat makan seround jer ..mana daknya asyik kena panggil jer

Gambar tuan blog bior kecik sebabnya ketembaman lepas raya ni kan =P

Selamat Hari Raya lagi ...dari orang yang berblogging dari rumah. Cuti syoknyaaa raya ehehe...

Thursday, September 16, 2010

Hari kita bersatu

Selamat Hari Malaysia.


Berbanggalah kita menjadi anak Malaysia. 

Sambil bercuti tu sambil menziarahilah ya.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 15, 2010

Fashion-fashion tudung hari raya Pink Mama

Hari ni sempena raya yang ke (jap kena kira dulu) 6, PM nak tunjuklah fashion-fashion tudung sempena hari raya ni.

Semua tudung-tudung I tak ada harga melebihi RM20. Semua tudung-tudung murah saja.I tak memilih bab membeli tudung. Asalkan lawa dan sedap dipakai kira okay dah.

Hari raya pertama, disebabkan baju raya warna purple maka tudungnya pun warna yang sama jugaklah walaupun a bit darker.

Tudung ni beli kat warehouse tudung kat Kompleks Campbell. Harganya RM15, tudung dengan anak tudung yang cover leher sekali tu. Tudung kain lembut ada sequine atas kepala.






Raya kedua pulak tudung warna putih ada tessel-tessel. Ntah ler apa ntah nama tudung ni.
My cousin duk sibuk kata dia rimas sebab tengok ada tessel-tessel ni semua. Dipakai dengan anak tudung syria 3 tone.



Raya ke 6, disebabkan ada jamuan hari raya dekat office hari ni baju kurung cotton baru putih bunga hotam disarung. Makanya pakai tudung selendang two tone kaler kelabu dengan putih.
Ini pun seksa duk belajar kat youtube dengan adik-adik yang cantik manis. Selendang ni beli kat kompleks campbell sama tempat dengan beli tudung purple tu. Harga RM10 saja.



tudung ala-ala Yuna/ Siti Nurhalizalah ni.

Kambing bakat kat verandah office dah berbau tu...babai semua orang.

Selamat bercuti besok. Happy Malaysia Day All.

Tuesday, September 14, 2010

Juadah pagi Raya

Tak teringat pun sebenarnya nak ambik gambar juadah pagi raya. Mana taknya, sampai-sampai jer rumah my mom terus terkam meja makan kat dapur tu (exaggeratelah tu...ialah lepas salam mak pak semualah).

Half way melantak dengan jayanya baru teringat nak ambik gambar....ialah almaklumlah jumpa sambal udang feberet. Makan dah tak pandang kiri kanan macam tak jumpa nasi sebulan.

Pagi raya tu, my mom masak ketupat segera ( sapa nak menganyam ketupat daun, I sah2 ler fail bab tu), sambal udang feberet anakanda terchenta, rendang daging (I tak suka yang campur-campur punya...nasib baiklah bonda memahami) dengan kuah kacang. Semalamnya my cousin hantar lemang cikgu yang femes kat TTDI tu. Lembut lemak lemang cikgu tu.


































Kalau gambar blur dan tak lawa tu, sah-sah ler bukan I yang ambik. Anakanda lelakiku jugak yang menangkap gambar sebab Mama dia makan dah tak ingat orang sekeliling. Pekena dengan teh susu mak I, memang terbaiklah. Mak orang lain masak tak boleh lawanlah.

Patutlah kalau I masak kat rumah tu, anak-anak memuji melambung-lambung. Mak masak tak sesedap Chef Wan masak pun masakan emak sendiri still the bestkan sebab kena dengan selera kita.

So apa juadah pagi raya korang?

Monday, September 13, 2010

Baru nak update pasal persediaan Syawal 2010

Korang dah start kerja ya, I cuti lagi hari ni. Ehehehe....Selamat Hari Raya.


Raya keempat dah kita, cepatnya masa berlalu. Rindunya dengan Ramadhan.
Kalau nak update pasal persediaan Syawal aci tak walaupun dah raya keempat. Hari tu tak sempat update sebab sibuk sangat. Hari Khamis baru sempat cuti. Mulalah terkejar-kejar nak buat macam-macam. 

Baru nak basuh balang kuih raya dan isi kuih raya dalam balang. Time tulah nak kemas rumah semua. Dahlah buat haru sebab malm sebelum tu tido pukul 3 pagi, lepas tu makan ubat allergy, makanya bila hubby kejut sahur pukul 4.30 pagi memang tak sedar langsung. Dia kata dia dah kejut, pastu I yang tak nak bangun makan. Ehh ntah bila yang dia kejutnya....tido mati agaknya hari tu. Makanya tak bersahurlah hari last puasa tu. Alhamdulillah ada tenaga nak buat kerja rumah semua.



Balang baru ni beli dekat kedai kat Ikano yang depan Harvey Norman tu. Murah jer balang ni. Yang pendek tu RM7.99 dan yang besar tu RM10 rasanya kalau tak silaplah.


Nasib baik ada anak dara tolong isikan kuih raya.


Kuih cornflakes rasanya tiap-tiap tahun ada
Selalunya tahun-tahun yang lepas eve of Syawal tu, kami mesti ada dekat Gombak rumah my MIL sebab tiap-tiap tahun ada orang datang takbir dekat rumah my MIL. Tapi tahun ni tak ada lagi ke rumah my MIL tapi kami ke pusara dia petang Khamis tu.
Lepas ke kubur, hubby kerajinan nak membeli lemang Pak Ali. Dulu ingat lagi malam-malam raya beratur membeli lemang Pak Ali, beratur panjang tu. Tapi worth itlah sebab lemang dia lembutkan. Sekarang dia dah jual dekat rumah dia kat Keramat,kan.
Kami memang dah plan awal-awal nak bukak puasa luar hari Khamis tu. Tempat yang paling senang nak cari tempat makan rasanya kat Kg. Bahru. Tapi disebabkan kegatalan nak pergi Keramat bagai,pastu pusing sana sini kat dalam Kg Bahru tu kami dapat makanan lambat untuk berbuka. Pukul 7 baru jumpa kedai yang berkenan. Sah-sah ler dapat makanan lambat. Air minum pun lambat dekat 10 minit lepas orang dah azan. Sabar jerlah, yang kesian anak-anaklah sebab lapar dan dahagakan.





dapat air baru ok sikit kalau tak muka masing-masing macam nak telan orang




dari kedai tomyam tu boleh nampak view KLCC ni. Lawa,kan.

Lepas habis makan & hubby solat dekat masjid Kg. Baru tu, kami proceed ke Jalan TAR.
Tahun-tahun lepas tak berkesempatan nak ke jalan TAR eve Syawal sebab balik dari rumah MIL pun dah pkl 12 tghmalam dan budak-budak semua dah terbongkang pengsan dalam kereta. Tapi tahun ni kami pergi awal Jalan TAR.

Ni nak bagitau, kalau anak kecik rasanya tak sesuailah bawak ke Jalan TAR ni sebabnya sesaaaaaaaaaaaakkkkk dengan manusia. Dah rasa macam tawaf pulak dengan lautan manusia. Siap bertolak-tolak tu. So kalau bawak anak naik stroller tu, buat seksa budak jer sebab dahlah panas pastu stuffy lagi. Lorong antara gerai tu kan sempit.



Sempat posing tengah Jalan TAR. Dahsyat derang ni meniaga sampai tepi jalan.
Lautan manusia kat Jalan TAR. Ingatkan semua orang dah balik kampung rupanya tekaanku salah disitu.

Balun habis-habisan derang ni meniaga. Sampai ke tepi-tepi kaki jalan dengan jalan derang meniaga. Tengok gambar kat bawah tu depan Globe tu penuh orang meniaga.




baju lelong, rasanya boleh murah lagi ni kalau tunggu sampai tengah malam


kedai tudung wholesale ni kat Kompleks Campbell. I nak bagitau ni,
I beli tudung raya I RM15 jer.Semua tudung-tudung yang you all nampak tu RM15 jer.

Nanti I tunjuk gambar tudung RM15 I tu ya.

Nak tau kami sampai rumah pukul berapa hari tu? Pukul 12 malam, tu pun sempat menyinggah kat Chow Kit. Keluar rumah pkl 5, balik rumah balik pukul 12 tgh malam. Penat you.

Nanti I update lagi ya.

Kepada yang berkerja hari ni. Selamat berkerja.....senyum-senyum selalu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin