Wednesday, April 7, 2010

I'm not a superwoman




tu dia keluar dah lagu Superwoman Karyn White

I'm not your Superwoman...boy I am only human.

Emo sebab tahap keletihan yang terlampau.

Awal bulan biasalah banyak benda kena settle at work then auditorlah pulak decide nak buat audit awal-awal bulan ni. Argghhh stress...banyak sangat gangguan yang menyebabkan banyak kerja tergendala disebabkan nak melayan auditor.

Balik rumah pulak kena buat kerja rumah yang berlambak.

Anak bertuah lelaki sorang tu boleh tanya,

"Mama, kenapa Abang tengok bilik air Abang bersih?"

Anak bertuah....sapa lagi yang nak basuh toilet tu...MAMA lah....huhu....

see...Mama superwoman semua kerja boleh jalan dalam satu masa. Basuh baju, lipat kain, masak, sapu rumah, mop lantai.....basuh toilet Abang.

 See....Mama...

sebenarnya Superwoman....sigh!


Tuesday, April 6, 2010

Misi tak berjaya hari ni

Saya tak exercise hari ni

sebabnya baru sehari exercise, pinggang dah sakit teramat =(

Mungkin pinggang terkejut sebab tiba-tiba digunakan dengan kadar ganas sekali

atau faktor umur menyebabkan pinggang sakit teramat

Apa-apa pun misi berexercise hari ni terpaksa dikansel buat sementara waktu sehingga pinggang sihat kembali....

Jauhlah lagi target nak perut leper macam ni...ohhh!!

Mesti boleh


Tahap kesedaran dah datang. Tu yang bersemangat beli dvd ni.
Tapi terperap gaklah 2 hari sebab baru buka dah rasa macam nak pengsan tengok regime exercisenya.

Tapi disebabkan nak abs like steel, semalam pasang jugaklah dvd exercise ni.
Pancittttt wa cakap lu. Baru exercise sikit dah sakit pinggang dan berpeluh-peluh.

Macamana ni?

Tercapaikah impian nak abs hard as steel ni?

Kita tunggu dan lihat sajalahkan. Semangat kena kuat ni....kuatkan semangat!!

Monday, April 5, 2010

Surprise bowling party

Lama dah tak jumpa kawan-kawan seuniversiti.
Masing-masing semua sibuk dengan kerjaya dan family. Nak kumpul sikit punya susah.
Ni bila kawan message through facebook kata nak ajak main bowling, last-last yang turn up 3 family jer. Jadilah daripada tak ada langsung...mini gathering.
Bila dah post gambar kat facebook, banyak pulaklah comment dan message masuk...tulah orang ajak, tak nak datangkan =)


kawan seuni, yang dua tu housemate. Housemate saya jauh nun di Kuching, Sarawak. Kalau dia nak datang, dia kena naik belon.

Suami-suami kami semua pun satu universiti dengan kami. Kiranya takat apartment masing-masing dulu dah jadi macam tempat lepak. Tak ada masalahlah nak ajak derang jumpa main bowling ni sebab semua member.
kaum family yang hadir. Kalau 3 family dah main sampai 3 lane. Kalau lagi ramai, mau book semua lane kat Pin Junction ni. Kami main bowling kat Pin Junction, Cineleisure The Curve. Lane kat One Utama bowling lagi best rasanya.


suami saya tunjuk bakatlah konon

Adik guna bola nombor 8. Berat ya Dik.

Baby kawan saya ni memang comel. Tapi ni bukannya mak bapaknya...ini ibu bapa pinjam sekejap hari tu.

Sebenarnya kawan saya nak buat surprise kat suami dia. Tapi sebab Kakak punya birthday a day before makanya celebratelah sekali.



Birthday boy and birthday girl.

Seronok dapat spend time dengan kawan-kawan. Dulu masing-masing dengan partner masing-masing jer. Sekarang semua mengangkut askar wataniah sebatalion masing-masing. Paling penting ibu-ibu semua kategori vogue lagi...ahakss.

Sunday, April 4, 2010

Aktiviti hujung minggu

Baby mata bulat yang comel sangat

bola bowling

antara kek hari jadi. Sebabnya 2 kali acara tiup lilin ni

Hari ni terus flat sebab penat sangat semalam keluar sehari suntuk tak duduk rumah.

Cerita panjang besoklah ya Sayang.

Friday, April 2, 2010

She turns 10



my darling Kakak turns 10 today

10 years ago, satu malam tu my father demam panas. Ni semua sebab degil nak pergi ke stockbroker dia at Damansara Utama (actually the same branch I am rite now tapi dulu under company lain before we merge) dalam hujan jalan kaki.  

Masa tu kami masih lagi duduk dengan my family. Tiba-tiba my hubby terperasan yang my father dah macam terkancing gigi and dah terkencing. So he kinda panic and call me and my sister. Derang dua-dua dah macam blur sebab panik. Masa tu perut I memang tengah buyung sangat sebab lagi 2 minggu nak beranak dah. I immediately suruh my hubby and sister angkat my father into the car and send him to the hospital.

My father is almost 6 feet tall. Imagine macamana my sister and hubby nak angkat my father masuk kereta. My mom sah-sahlah tak boleh fikir dah. Nasib baiklah masa tu boyfriend my sister rumah dia dekat-dekat dengan our house. Makanya bertigalah derang angkat my father masuk dalam kereta and send him to ICU Universiti Hospital (sekarang PPUM).

The whole nite, we the whole family commute dari Universiti Hospital (UH)  to HKL then back to Universiti Hospital sebab UH tak ada cukup facilities to do a CAT scan. It turn out that my father kena serang kuman meningitis. Satu malam kami semua tak cukup tido. Imagine dari pukul 10 malam till pukul 4 pagi berulang between the two hospitals. Merasa gaklah my mother naik ambulance.

Perut dengan boyot then penat sesangat. Pukul 5 macam tu balik sekejap sebab I really needed rest. Ingat pagi besok pergi balik hospital sebab nak gi tengok my father balik. Sekali dalam pukul 8 lebih macam tu, masuk toilet nak mandi semua. Keluar darah dah. Contraction tak ada lagi masa tu. Sebelum pergi Pantai Hospital, sempat lagi pergi Hospital Universiti jenguk my mother and sisters yang bermalam kat hospital.

My father was in coma for a month. So bayangkan I berpantang sorang-sorang kat rumah cause my mother dekat hospital everyday jaga my father. She just cook for me my lauk then I jaga baby and Abang sendiri. Anak pertama pantang sendiri, anak kedua pun pantang sendiri. Independent sungguh.

So that's the story that my parents keep repeating everytime birthday Kakak comes. Macam anniversary my father jatuh sakitlah pulak.


HAPPY BIRTHDAY KE 10 KAKAK

MAMA AND AYAH LOVE YOU SO MUCH



Thursday, April 1, 2010

Raihana Blouse to let go

Bukan baju penyanyi Rihanna ya tapi nama baju ni Raihana.
I want to let go of the blouse, never worn before. Sebabnya bila pakai macam tak sesuai pulak untuk saya yang berpinggang lebar ini =)
Grey/ White checkered cotton with white embroidery details. Fits S/M.

Selling it for RM49. I'll bare the postage cost.

So kalau interested, just leave me a message here with your contact number or email.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin