Lama dah tak jumpa kawan-kawan seuniversiti.
Masing-masing semua sibuk dengan kerjaya dan family. Nak kumpul sikit punya susah.
Masing-masing semua sibuk dengan kerjaya dan family. Nak kumpul sikit punya susah.
Ni bila kawan message through facebook kata nak ajak main bowling, last-last yang turn up 3 family jer. Jadilah daripada tak ada langsung...mini gathering.
Bila dah post gambar kat facebook, banyak pulaklah comment dan message masuk...tulah orang ajak, tak nak datangkan =)
kawan seuni, yang dua tu housemate. Housemate saya jauh nun di Kuching, Sarawak. Kalau dia nak datang, dia kena naik belon.
Suami-suami kami semua pun satu universiti dengan kami. Kiranya takat apartment masing-masing dulu dah jadi macam tempat lepak. Tak ada masalahlah nak ajak derang jumpa main bowling ni sebab semua member.
kaum family yang hadir. Kalau 3 family dah main sampai 3 lane. Kalau lagi ramai, mau book semua lane kat Pin Junction ni. Kami main bowling kat Pin Junction, Cineleisure The Curve. Lane kat One Utama bowling lagi best rasanya.
suami saya tunjuk bakatlah konon
Adik guna bola nombor 8. Berat ya Dik.
Baby kawan saya ni memang comel. Tapi ni bukannya mak bapaknya...ini ibu bapa pinjam sekejap hari tu.
Sebenarnya kawan saya nak buat surprise kat suami dia. Tapi sebab Kakak punya birthday a day before makanya celebratelah sekali.
Birthday boy and birthday girl.
Seronok dapat spend time dengan kawan-kawan. Dulu masing-masing dengan partner masing-masing jer. Sekarang semua mengangkut askar wataniah sebatalion masing-masing. Paling penting ibu-ibu semua kategori vogue lagi...ahakss.
No comments:
Post a Comment