Saturday, March 6, 2010

Sleep is my only homework

If I had my way, I'll be sleeping all day long....wahh melampau tu. No lah, the wording on the T Shirt just catches my attention. Pemalas sangatlah kalau kerjanya asyik tidur jerkan.



Had my dinner again at The Curve yesterday. Tujuannnya nak beli barang, end up satu benda pun tak dapat. Masuk Nichii pun macam tak ada baju yang best. Dekat MJ lagilah, selection baju so limited.

I always love the lights at The Curve. Malam-malam cantik sangat.

enjoy sungguh dengar derang ni perform. I this what makes the restaurant stretch in The Curve different

After pusing-pusing cannot decide where to eat.....finally settle to eat at The Apartment. I was not alone...seperti biasa dinner with my partner in crime since college time.

Ketamakan telah menyebabkan kami mengorder makanan dengan kadar banyak sekali. Tak sedar diri dua-dua pakai korset. Tengok menu macam semua nak order....semuanya sedap.



Gatal order dessert konon. Last-last tak habis sebab dua-dua perut dak ketat sendat giler. Sampai tahap tak boleh nak bernafas dah sebab kenyang sangat. Dua-dua dah gelak-gelak sebab dua-dua dah tak tahan nak bukak korset masing-masing. Kalau seminggu 2-3 jumpa minah ni mau gemuk I.


Syok duduk kat The Curve ni especially during dinner time sebab boleh cuci mata tengok macam-macam orang berfesyen.

That was last night. Hari ni tak ada plan lagi, tengah tunggu Adik balik dari kelas taekwondo dia ni. Pergi breakfastlah rasanya lepas ni.

HAPPY WEEKEND.....ceria-ceria selalu =D

Friday, March 5, 2010

Selamat Hari Jumaat

Selamat Hari Jumaat ya semua. Lupa nak bagi salam pulak...Assalamualaikum.
Hari Jumaat kita kena besopan santun sikit (macamlah hari lain tak payah ya).
Kena
ceria-ceria hari Jumaat ni, tak boleh stress-stress nanti terbawak-bawak ke weekend. Tak bagus macam tu, nanti weekend tak enjoy. Kalau bos marah ke atau stress kerja banyak ke hari ni, ingat jangan marah-marah....kena bawak bersabar. Istigfar banyak-banyak....nasihat kat orang pandai kalau sendiri stress, melenting jugak =P

feeling sopan hari ni, pakailah jubah. Jumaatkan, kena jadi wanita melayu terakhir. Jalan pun tunduk jer hari ni....sopankan.

Katalog Avon atas meja. Betullah Avon ni pandai sungguh menggoda I. Macam-macam rasa nak beli. Lawa Rozita Che Wan. Tak sia-sia Avon lantik dia jadi duta Avon. Tengok RCW terus rasa tak nak makan sebab tercabar tengok RCW kurus dan lawa.

Thursday, March 4, 2010

What happen today

My day started off wonderful today. I have to say that mood tu datang bila you bangun pagi and you rasa bersemangat. Pakai baju pun extra nice to day, make an effort to dress up.

Tengahari I've got a lunch meeting. The 2 hours supposedly meeting drags up to 3 hours. The nasi lemak for lunch makes it hard to concentrate. Lagi menyakitkan hati bila dalam meeting ada 2-3 orang yang terlampau expressive nak menyampaikan points mereka across. Sangatlah annoying. Kalau facts tu betul tak perlah jugak, ni pakai tembak jer nak mengenakan orang. Pleaselah kalau masuk meeting, please clarify your sources and get the facts right so that you don't waste other people's precious time (sebenarnya cubaan nak lari keluar meeting tak berjaya ....hmmm...I should try harder next time)

Lepas meeting tiba-tiba boss besar panggil bilik dengan my immediate bos and another bos. Siap tutup pintu lagi. Suspen gak I sebab, did I do anything wrong, sampai tutup pintu nak discuss?. Rupa-rupanya he ask me wether I want to go back to HQ in KL to handle back my old dept matters. Tidakkkkkk......tidaklah ku sanggup nak kembali ke KL office yang selalu jam tu. Tobat nak keje balik kat KL tu, walaupun Pavilion dengan KLCC tu sekangkang kera tapi idak ler ku terliur. Bos besar kata I was requested by popular demand. Tak perlah chek tolaklah pelawaan ini. Jangan coba merayu lagi....ewahhh....tetiba dangdut. To think of it,I must have done a terrific job when I was at the old dept that they requested me back. I am currently happy where I am rite now. Banyak kerja pun tak apa asalkan hati senang and yang lebih penting nak balik rumah dekat saja. Rumah mak I pun macam sepelaung jer dari my office ni.

Kakak demam. Rumah my father semua orang tak sihat. Atok demam, Bibik demam, Nenek batuk. It must be the weather. Minum air banyak-banyak ya semua orang. Take care of your health.

Wednesday, March 3, 2010

Terangkat kening...

Adoii sakitt.....tahan .....ouchhh....
fuh berpeluh jugak pergi threading ni.

Tengok lawa tak kening I lepas threading


e...ehhh.....silap gambarlah pulak...tu gambar 10 tahun lepas =P



ahhh...baru betul. Tak adalah serabai sangat =D (alahai kalau mata besar macam kat atas tu kan cantik...ni sepet =/ tapi bersyukur pada Tuhan sebab ada mata nak melihat)

Tuesday, March 2, 2010

Ngantuk, penat, stress...3 in 1

 I am so tired, sleepy and berserabut rite now. Berkejar-kejar buat kerja hari. Orang datang jumpa, talipon berdering-dering.....dah rupa customer service. Dengan bos rushing nak siapkan report dia. Pastu semua kerja campak kat I, walaupun kerja tu is not my job scope. Tak tau lah nak cakap betapa sakit hatinya sebab bos (not my immediate bos tapi bos atas lagi, bos I baik. Tak suka nak menyusahkan staff kesayangan dia) expect that I know how to do everything. Mungkin in the future tak boleh tunjuk sangat skill keteraran dan keeffisyean (terror dan efficientlah) sebab selalu jadi mangsa menyiapkan kerja orang lain......stress.

Saya stress dan saya boring sebab selalu jadi mangsa. Rasa macam nak memberontak dan buat demonstrasi jalanan pulak. My motto would be, " Saya bukan DBKL, sapu semua kerja!!"
Enough of merepeking malam-malam buta ni. Baju nak sidai, pinggan nak basuh, lantai dah sapu, nak bersihkan dapur......mak stress....stress....time ginilah wish that Bibik duduk sekali kat rumah ni. 
somebody so sweet to give me this....thank you

Monday, March 1, 2010

Adik Hip Hop

Punyalah payah nak mengambik gambar budak ni sebab dia tak reti nak duduk diam. Kena berkejar-kejar nak tangkap gambar dia.

Masuk ada satu kedai kat Tropicana Mall tu yang jual hats. Sekali keluar kedai 3 pasang topi rembat. Adik, Kakak and Mama sorang satu...hehe.

Dulu Tropicana City Mall lenggang jer tak ada orang. Nak tengok wayang pun senang sebab tak ada orang tapi sekarang beratur jugaklah nak tengok wayang sebab dah ramai orang datang TCM ni. Cuma yang slack kat TCM ni ialah toilet dia...nyampah betul kalau toilet style macam kat US ni tak ada paip air....isyykk...tak faham-faham lah derang ni.


with her new hat. Mickey Mouse hat...comel


see dia tak boleh duduk senyap-senyap.

rongak baby Mama

my husband said I look like artis yang nak sorok identiti...hahaha

Like in an enchanted forest

Tak sangka kat i-City Shah Alam ada pesta lampu rupanya. Itupun tahu lepas tengok my friend's fb post, kalau tak haram tak tau.

Malam Sabtu tu terus ajak my hubby pergi i-City sebab nak ambik gambar. Dari tepi Federal Highway tu dah nampak cahaya warna warni. Jadi macam malam pesta lampu pulak sebab ramai giler orang datang especially sebab nak bergambar. Kebetulan pulak malam tu ada fireworks. You all dah tengokkan youtube yang I post kat previous post tu...taken by me.

Rasanya sempena CNY tu yang ada lampu-lampu tu semua. Rasa macam dalam enchanted forest pun ada sebab lawa giler.

Here's a few pictures from that nite. Gambar I mungkin tak berapa cantik sangat sebab I tak terrer nak ambik gambar malam-malam. But enjoy ya =)



IMG_2145
IMG_8761
IMG_8797
IMG_8800
IMG_8808
IMG_8784
IMG_8810
IMG_8820
IMG_8827
IMG_8841
IMG_8822
IMG_8867
IMG_8901
IMG_8922
IMG_8913
IMG_8942

I must say that it's a cameraman heaven.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin